Nak Souvenier best?

Apa itu Talasemia?

~ingin tekankan di sini kepentingan saringan talasemia sebelum berkahwin...

Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah


3 comments:

faryzh said...

info yang sangat berguna..

Anonymous said...

slame ni dgr2 je org dok sebut talasemia..bru tau sikit..Nak tanye, ape obvious effect penyakit ni kat fizikal kite ye?
*curious

nur said...

anuar- semoga dpt kongsi sama2

rafhanah
ada beberapa jenis penyakit ni.. dlm entry akan dtg.. tapi secara general akan mengalami kepucatan, susah bernafas, terbantut pembesaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...