Nak Souvenier best?

Lagi bayi baru lahir dibuang



BAYI perempuan seberat 2.8 kilogram yang dijumpai sepasang suami isteri di Air Kuning, Gemencheh, semalam.


TAMPIN 10 Ogos – Tidak sampai empat jam selepas dilahirkan, seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk, lapar sambil menangis akibat ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan, dekat Gemencheh hari ini.

Amat menyedihkan apabila muka bayi itu terdapat kesan lebam, dipercayai akibat terjatuh. Bayi malang itu ditemui dibalut dengan kain batik kira-kira pukul 7.45 pagi.

Mujurlah hayat bayi itu panjang apabila dia berjaya ditemui dan diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang bertugas sebagai anggota polis, ketika kedua-dua mereka keluar dari rumah untuk bekerja.

~ingatkan menjelang ramadan ni akan berkurang.. namun masih ada berita2 sebegini.. nilai kemanusiaan dah amat merunsingkan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...