Nak Souvenier best?

Showing posts with label buang bayi. Show all posts
Showing posts with label buang bayi. Show all posts

Bayi Dikelar Perut Oleh Ibu Muda.

PANTAS MEREKA MEMBERI PENDAPAT MASING MASING..


Blogger Fara said...

Ibu muda sudah tidak dpt berfikir secara waras. Teman lelaki melarikan diri. Masyarakat mencemuh dan menghina. Dibuang keluarga. Dan paling tertekan bila semua yg terjadi atas kesalahan diri sendiri semata. Maka, dia bertindak di luar jangka.

Alhamdulillah, bayi itu meninggal dunia. Tak perlu dia mengharungi hidup di dunia yg dosanya ada di merata.

=D
October 18, 2011 3:17 PM
Delete

Blogger mama maman said...

manusia mudah lupa.. sedih pd baby yg tak sempat kenal dunia tp sudah dizalimi oleh ibunya sendiri..:(
October 18, 2011 3:27 PM
Delete

KEJAM Tau!!! Mayat Bayi

“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

~Itu adalah petikan berita yang dibaca tadi. Nak kongsi kat sini bagi yang tak sempat lagi baca dan nak bagi peringatan pada yang suka ‘melakukan’nya.. Ceritanya, seorang pemancing ni nak g memancing kat sungai. Kemudian bila nak rapatkan kereta ke sungai, kereta dia tersekat.. So dia reversed balik kereta dan turun dari kereta untuk ‘membuang sampah’ yang kononya menghalang keretanya.. Tapi bila buka bungkusan rupanya bayi.. Sedangkan dia pun boleh teresak esak menangis, mak si bayi tu takde perasaan ke?.. Tak ke kejam namanya tu..

janin siapa?

~budak yang jumpa tu ingatkan barang berharga.. macam emas ke apa ke.. rupa-rupanya janin da.. masih berlaku lagi perkara ni.. patutnya budak perempuan tu g hantar sekolah kat melaka nun..


KOTA KINABALU: Sangka seorang remaja beg plastik yang dibawa pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di pekan lama Inanam, di sini, kelmarin, mengandungi sesuatu yang berharga ternyata silap kerana ia sebenarnya berisi janin bayi dipercayai dibuang sepasang kekasih terlanjur.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Kharul Nizam Abdul Razak, 15, pada awalnya mengorek lubang di sebuah kawasan tanah lapang tidak jauh dari rumahnya selepas curiga dengan kelibat seorang wanita dan lelaki itu. “Pada mulanya saya ke tanah lapang itu menunggu kawan pulang dari kerja, namun tidak lama kemudian saya ternampak seorang wanita dan lelaki menaiki motosikal melintasi kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa sambil membawa satu bungkusan plastik.


“Saya sangka mereka hanya melalui kawasan itu tetapi mula pelik apabila lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya sebelum melihat temannya duduk mencangkung menggali tanah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, kelmarin.

Lagi bayi baru lahir dibuang



BAYI perempuan seberat 2.8 kilogram yang dijumpai sepasang suami isteri di Air Kuning, Gemencheh, semalam.


TAMPIN 10 Ogos – Tidak sampai empat jam selepas dilahirkan, seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk, lapar sambil menangis akibat ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan, dekat Gemencheh hari ini.

Amat menyedihkan apabila muka bayi itu terdapat kesan lebam, dipercayai akibat terjatuh. Bayi malang itu ditemui dibalut dengan kain batik kira-kira pukul 7.45 pagi.

Mujurlah hayat bayi itu panjang apabila dia berjaya ditemui dan diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang bertugas sebagai anggota polis, ketika kedua-dua mereka keluar dari rumah untuk bekerja.

~ingatkan menjelang ramadan ni akan berkurang.. namun masih ada berita2 sebegini.. nilai kemanusiaan dah amat merunsingkan

kejam = buang janin


lagi berita yang tidak berperikemanusiaan.
janin dibuang dalam tong sampah..
sungguh kejam orang yang melakukannya...

semoga sempena bulan mulia nanti tiada lagi
berita2 macam ni keluar..
mungkinkah?


(utusan)

kejam = Bayi dalam lubang paip

setiap hari kalau belek paper memang x sah kalau xde cerita pasal buang bayi... kasihan bayi2 yang x berdosa- ibu2 mereka ni senang pulak melahirkan mereka-lepas tu buang sesuka hati.. dah xde perikemanusiaan dah..


Bayi dalam lubang paip


Anak panah menunjukkan lubang paip di mana bayi ditemui di Klang Gate, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Ogos - Di manakah sifat perikemanusiaan apabila masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup meninggalkan bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate dekat sini hari ini.

Bayi malang itu hanya muat-muat dalam lubang paip itu. Memang sukar untuk ditemui atau dilihat orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Namun hayat bayi tidak berdosa itu panjang apabila tangisannya didengari oleh seorang remaja lelaki yang secara kebetulan bermain tidak jauh dari situ pada pukul 3 petang ini.

Tangisan bayi terbabit menarik perhatian remaja berusia 17 tahun itu menyebabkan dia sanggup turun ke dalam longkang setinggi hampir tiga meter dan merangkak ke dalam longkang sejauh kira-kira dua meter sebelum menemui bayi berkenaan.

Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan bogel dan masih bertali pusat.

Mujurlah bayi itu ditemui sebelum hujan kerana lubang paip tersebut merupakan saluran air ke dalam longkang semasa hujan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...