Nak Souvenier best?

janin siapa?

~budak yang jumpa tu ingatkan barang berharga.. macam emas ke apa ke.. rupa-rupanya janin da.. masih berlaku lagi perkara ni.. patutnya budak perempuan tu g hantar sekolah kat melaka nun..


KOTA KINABALU: Sangka seorang remaja beg plastik yang dibawa pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di pekan lama Inanam, di sini, kelmarin, mengandungi sesuatu yang berharga ternyata silap kerana ia sebenarnya berisi janin bayi dipercayai dibuang sepasang kekasih terlanjur.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Kharul Nizam Abdul Razak, 15, pada awalnya mengorek lubang di sebuah kawasan tanah lapang tidak jauh dari rumahnya selepas curiga dengan kelibat seorang wanita dan lelaki itu. “Pada mulanya saya ke tanah lapang itu menunggu kawan pulang dari kerja, namun tidak lama kemudian saya ternampak seorang wanita dan lelaki menaiki motosikal melintasi kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa sambil membawa satu bungkusan plastik.


“Saya sangka mereka hanya melalui kawasan itu tetapi mula pelik apabila lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya sebelum melihat temannya duduk mencangkung menggali tanah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, kelmarin.

11 comments:

lady-D said...

Ya Allah, sabar jerlah..sedih tol baca..

Asri Alam said...

geram betul la. tak reti insaf. dah banyak kes, nak bagi hukuman gantung pun tk takut jgk

Najwa said...

eee... bangang btul la org2 yg xde otak n perikemanusiaan mcm dorg ni... grrrr

tgsaqura said...

..ntah ape la difkran mrk,anak kucing pon kt x snggup..inikan anak manusia..dunia2..

m i a said...

subhanaALLAH...

Zulfadhli said...

uurghh.. makin teruk!

nur said...

d la: memang sedih kan

nur said...

sasa- taktau nak bagi hukuman apa dah
ALL IN ONE

nur said...

wawa- memang tak leh fikir dah

Solihin Zubir said...

ish2.. mengong btoi sapa yg buat tu..

nur said...

solihin- dia dah tak betul kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...