~baru- baru ni negara dilanda jerebu lagi.. banyak punca jerebu.. yg utama adalah pembakaran terbuka(jadi sila elakkan).. kebakaran hutan etc..
yang menjadi masalah terutama melobatkan sistem pernafasan, bolah dapat serangan asma, batuk dan sebagainya. di johor, sampai kena tutup sekolah(bestla kan) tapi kena ganti juga(hehe)..
apa pun.. bagi yang berisiko, lindungilah diri anda dengan menutup muka(pakai topeng muka)
-dapat dari wiki
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Nilai IPU | Kualiti udara |
---|---|
0 - 50 | Baik |
51 - 100 | Sederhana |
101 - 200 | Tidak sihat |
201 - 300 | Sangat tidak sihat |
301 - 400 | Berbahaya |
401 - 500 | Sangat berbahaya |
Lebih 501 | Darurat |
6 comments:
wah..terima kasih share kat sini. Kalau tak baca kat sini, saya memang tak tahu la..hehe..thanks:)
Mari menjadi manusia
berape nilai IPU negara kite kene jerebu kali ni?
pakai facemask bile jerebu
good sharing Nur..
jerebu mungkin akan berkurangan apabila hujan turun kerana ia bertindak seperti penyapu yg akan menyapu zarah2 terampai di udara td...
banyakkan minum air untuk dalaman...
nur: kena hadkan aktiviti luar klu jerebu nih!
Jerebu ke? tak perasan pula.
Post a Comment