~untuk mengelakkan perkara ni berlaku , kementerian akan gubal akta ni.. dulu-dulu masa kecil selalu ditakut-takut kan supaya tak berjalan sorang- sorang.. nanti kena culik, kene bunuh dan organ diambil dan dijual.. takut kan..?
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menggubal akta transplantasi untuk memantau penderma organ bagi mengelak berlakunya perbuatan penjualan organ di dalam negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata akta itu yang masih dalam peringkat awal penggubalan akan merangkumi semua aspek termasuk pemerdagangan manusia, pendermaan organ dalam dan luar negara, penderma organ, kaunseling, tempat pemindahan organ dan sebagainya.
"Buat masa sekarang kita tidak ada akta yang khusus bagi mengawal atau memantau para penderma organ... ada yang buat pendermaan organ, transplantasi organ di luar negara.
Kita tidak tahu sama ada ia sihat atau tidak, kadang-kadang dapat organ tidak sihat...membawa penyakit balik ke negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat kebangsaan 2010 di sini hari Ahad.
2 comments:
nur: mmg patut dipantau...
azzey, nanti kalau x dipantau jadi macam2 pulak
ALL IN ONE
Post a Comment