Teringin nak iPad2.. meh sini meh sini..
Sediakan buah pinggang anda.. Nanti bolehla beli iPad2 tu ye..
Ini betul betul.. bukan main-main.
Berlaku di China.
Ada agent yang menawarkan tawaran lumayan bagi penjualan buah pinggang.
Jangan salah faham... bukannya derma buah pinggang pastu dapat iPad2..
Kisahnya, si gadis remaja ni teringin nak beli iPad2.
Mungkin tak cukup duit, maka dia terpaksa jual organ pentingnya iaitu buah pinggang.
Jadi dapat le dia duit lebih kurang RM 10, 000..
Dengan duit itu dapatle dia beli iPad tu dan dapat juga beli telefon canggih.. (adakah iPhone?).
Macam-macam kan manusia ni kalau dah terdesak ye..
Kira oke la dia derma eh jual buah pinggangnye sebab dia tak mencuri dan tak merompak..
Nasib juga jual buah pinggang sebab buah pinggang kan ada dua.. Satu pun dah cukup untuk fungsi satu badan.
What say you kawan-kawan?
Showing posts with label derma organ. Show all posts

sindiket jual organ...
~untuk mengelakkan perkara ni berlaku , kementerian akan gubal akta ni.. dulu-dulu masa kecil selalu ditakut-takut kan supaya tak berjalan sorang- sorang.. nanti kena culik, kene bunuh dan organ diambil dan dijual.. takut kan..?
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menggubal akta transplantasi untuk memantau penderma organ bagi mengelak berlakunya perbuatan penjualan organ di dalam negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata akta itu yang masih dalam peringkat awal penggubalan akan merangkumi semua aspek termasuk pemerdagangan manusia, pendermaan organ dalam dan luar negara, penderma organ, kaunseling, tempat pemindahan organ dan sebagainya.
"Buat masa sekarang kita tidak ada akta yang khusus bagi mengawal atau memantau para penderma organ... ada yang buat pendermaan organ, transplantasi organ di luar negara.
Kita tidak tahu sama ada ia sihat atau tidak, kadang-kadang dapat organ tidak sihat...membawa penyakit balik ke negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat kebangsaan 2010 di sini hari Ahad.

Subscribe to:
Posts (Atom)