Nak Souvenier best?

artis berkhalwat dan berjudi?

~wah.. bukan sahaja glamer dikalangan orang ramai, menjadi pujaan Jais juga ye.. -pernah terbaca tentang kes2 macam ni, kalau orang biasa nama mereka ditulis dalam akhbar, tapi kalau artis disorok pula namanya.. macammana tu?

PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi ‘senarai keutamaan’ individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi.

Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.


Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu.


Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka.


“Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu.

6 comments:

- zuriey - said...

siapa la ye gerangan artis tue..

Zulfadhli said...

dah byk perkara mcm ini yg melibatkan artis. nak2 yg baru jadi artis.

Robot | Sakti said...

ish ish
apa nak jadi dengan dunia sekarang.
semua orang dah tak malu buat maksiat.

+____+

(peringatan untuk kita semua juga)



Merapu tapi bukan Mengampu

nur said...

zurieyy- nak tahu juga ni

nur said...

fadhli- artis baru ni beza sikit dgn artis lama kan

nur said...

robot sakti- ya.. sama2 memperingati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...