Nak Souvenier best?

Datuk Norman KRU?

KRU studios dominasi pencalonan FFM23


PARA calon dan tenaga kerja yang terbabit pada FFM23 selepas sidang akhbar di SACC, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


FESTIVAL Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang akan berlangsung pada 24 Oktober ini menyaksikan KRU Studio muncul sebagai syarikat produksi yang paling banyak menerima pencalonan dalam festival itu.

KRU Studio misalnya, menerima paling banyak pencalonan iaitu bagi 12 kategori bagi filem terbitan mereka yang berjudul Magika termasuklah bagi kategori Cerita Asal Terbaik dan Filem Komedi Terbaik.

Selain Magika, syarikat produksi milik bumiputra itu turut mempertandingkan dua lagi filem mereka bertajuk Jin Notti yang menerima dua pencalonan iaitu bagi kategori Pereka Kostum/Busana Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Sementara itu, sebuah lagi filem terbitan KRU Studios iaitu My Spy pula mendapat tiga pencalonan bagi kategori Pereka Kostum/Busana Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik dan Filem Komedi Terbaik.

~wondering, kenapa AC Mizal boleh dapat datuk? kalau nak bandingkan dengan Norman KRU ni patutnya Norman dapat dulu kan?.. tapi mungkin ada sumbangan AC yang tak nampak..(low profile)- teringat era 4u2c vs KRU

2 comments:

Najwa said...

kan. awat AC dpt datuk??? skrng ni snang sgt lak nk dpt datuk2 ni... mcm dh xde value sudeh... hmmm...

muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

nur said...

wawa- itula.. kenapa agaknya.. rasanya norman pun dah cukup glamer.. nak kene jadi pengacara dulu ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...