OKU kecacatan pendengaran 2
Penyebab kecacatan pendengaran
 Apakah punca terjadinya pekak/tuli? 
 - Sejarah penyakit tersebut dalam keluarga  
- Pengumpulan cecair pada bahagian tengah rongga telinga  
- Bayi yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg  
- Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa  proses kelahiran  
- Jangkitan kuman seperti 'congenital rubella' atau 'congenital  syphilis'  
- Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)  
- Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga  seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk  kering(tuberculosis) 
- Selalu terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api,  konsert rock yang kuat, tukang besi  
- Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga 
- Gegendang telinga telah pecah  
- Jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media) 
- Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis  dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi  
- Peningkatan umur 
Kadar Kejadian
 Epidemiologi:
 - 3-4 dalam 1000 bayi yang lahir mengalami kecacatan pendengaran  
- 25% daripada orang yang berumur 65 - 75 tahun dan 50% daripada  orang yang berumur 75 tahun ke atas juga mengalami kehilangan  pendengaran. Hilang pendengaran  juga lebih banyak berlaku kepada kaum  lelaki berbanding kaum wanita  
- 50% daripada anggaran 2.5 juta populasi penduduk di Malaysia  yang mengalami kecacatan pendengaran boleh dicegah terutamanya pada  kanak-kanak 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
6 comments:
info yang bagus.. tq..
kena elak semua perkara yang boleh menyebabkan pekak..
ooo mcm tu rupenye..
tQ..
suke untuk tahu.. tq..
SAPA CAKAP GUA PEKAK ...NI GUA HANGIN NI...ERR NICE POST
nafira.. ya.. sama2 jauhi punca / penyebabnya
ladybird. sekadar berkongsi info
brutalsolo.. sama sama
Post a Comment