setiap hari kalau belek paper memang x sah kalau xde cerita pasal buang bayi... kasihan bayi2 yang x berdosa- ibu2 mereka ni senang pulak melahirkan mereka-lepas tu buang sesuka hati.. dah xde perikemanusiaan dah..
Bayi dalam lubang paip
|
|
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Di manakah sifat perikemanusiaan apabila masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup meninggalkan bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate dekat sini hari ini.
Bayi malang itu hanya muat-muat dalam lubang paip itu. Memang sukar untuk ditemui atau dilihat orang ramai yang melalui kawasan tersebut.
Namun hayat bayi tidak berdosa itu panjang apabila tangisannya didengari oleh seorang remaja lelaki yang secara kebetulan bermain tidak jauh dari situ pada pukul 3 petang ini.
Tangisan bayi terbabit menarik perhatian remaja berusia 17 tahun itu menyebabkan dia sanggup turun ke dalam longkang setinggi hampir tiga meter dan merangkak ke dalam longkang sejauh kira-kira dua meter sebelum menemui bayi berkenaan.
Ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan bogel dan masih bertali pusat.
Mujurlah bayi itu ditemui sebelum hujan kerana lubang paip tersebut merupakan saluran air ke dalam longkang semasa hujan.
0 comments:
Post a Comment