KUALA LUMPUR: “Segala-galanya akan terjawab esok (hari ini),” kata Pengurus Saluran Sinar FM, Rostam Said, berkaitan isu rumah tangga pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, yang dikatakan retak menanti belah.
Bagaimanapun, Rostam enggan mengulas lanjut berikutan ia prosedur syarikat.
“Dia (Raja Azura) akan mengadakan sidang media jam 11 pagi di pejabat Astro selepas selesai menjalankan tugas untuk segmen Sinar Pagi bersama dua penyampai lain iaitu Khairil dan Salih Yaacob.
“Pada majlis itu media boleh bertanya apa juga soalan berkaitan hal peribadinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Rostam berkata, Raja Azura bercuti dua hari bermula Rabu lalu dan akan kembali bertugas seperti biasa hari ini.
Berita keretakan rumah tangga pengacara itu bersama suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, sebelum ini dinafikan Raja Azura.
~macam2 isu sekarang ni... moga penyelesaian terbaik dapat dibuat...
0 comments:
Post a Comment