~sebahagian dipetik dari artikel di utusan... gejala keruntuhan sosial yg merunsingkan.. penibuhan sekolah hamil?ada kebaikan dan keburukannya..
apa pendapat anda?...
Persoalannya sekarang, mengahwinkan pasangan muda selesai timbul pula masalah lain, mereka tidak bekerja dan masih bersekolah, apa masa depan mereka?
MOHD. ALI: Lepas dikahwinkan kerajaan negeri akan bimbing mereka. Ada yang bertanya bagaimanapun pula kalau mereka dah kahwin sedangkan mereka budak sekolah, siapa nak tanggung. Bagi saya benda itu semua tidak sepatutnya timbul. Daripada ibu bapa tanggung malu, nak kena jaga anak luar nikah lagi baik jaga cucu yang halal kerana anak mereka sudah berkahwin. Cumanya ada ibu bapa yang miskin, ada juga remaja daripada keluarga bermasalah maka kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membiayai perkahwinan mereka dengan perbelanjaan RM500 majlis yang cukup untuk upah nikah, saksi dan sebagainya. Mas kahwin boleh hutang.
Selepas menjadi suami isteri kalau ibu bapa tidak mahu jaga, kerajaan negeri akan ambil tanggungjawab untuk jaga pasangan yang halal bernikah ini. Saya percaya daripada jaga pasangan yang berzina elok kita jaga pasangan halal bernikah. Kalau mereka masih bersekolah, biarkan mereka terus pergi sekolah, tetapi rupa-rupanya budak sekolah salah, mengandung kena berhenti.
Maka saya cadangkan tubuh sekolah untuk remaja hamil bernikah. Timbul pula persoalan siapa nak tubuhkan sekolah itu. Kita bersetuju JAIM akan tubuhkan sekolah seumpama itu supaya pasangan remaja yang bernikah, kemudian mengandung dapat meneruskan persekolahan mereka di situ. Mereka akan diajar dengan mata pelajaran agama, dididik bagaimana mahu menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dan juga perancang keluarga.
Selepas bersalin, kalau ibu bapa remaja masih tak mahu jaga anak dan cucu mereka, maka kerajaan negeri akan jaga. Lebih daripada itu, kita akan usaha mencari keluarga angkat untuk bayi yang dilahirkan oleh gadis remaja ini. Saya percaya ramai yang nak jadi keluarga angkat kepada bayi yang dilahirkan menerusi pernikahan yang halal. Kalau keluarga nak jaga lagi kami alu-alukan. Bukankah menjaga yang halal lebih mudah daripada menjaga yang haram. Kerajaan negeri dapat pahala, saya dapat pahala, tak ada orang kata anak luar nikah.
Mereka juga akan diajar perancang keluarga, oleh itu mereka tahu sama ada nak tambah anak lagi atau nak tangguh dulu supaya dapat meneruskan persekolahan. Kalau belum kahwin nak ajar perancang keluarga seperti dalam pendidikan seks mana boleh, dia orang nak buat apa, dia orang belum kahwin belum nikah tapi kalau dah kahwin apa nak ajar pun boleh.
2 comments:
Pada Talam lah...biarlah mereka nikah drp terus bergelumang dengan dosa kan...buat apa akademik jer baik tapi agama ditinggalkan...Tapi ada juga yang terjabk dengan zina bukan kerana suka sama suka...tp lebih kepada suka nak buat jer...ini yang payahnya...
sebenarnya punca dari ibu bapa serta pendidikan awal utk anak2.. kemudian zaman serba canggih ni lagi menyukarkan pengawaln ke atas mereka
Post a Comment