nak pergi solat kat mana?
dah tahu ke cara2 nya..
maklumla kalau setahun 2 kali je buat dan kadang2 ada yang tak pernah berpeluang mungkin boleh share kat sini..
boleh juga buat rujukan kemudian hari..
kebiasaannya kat masjid nanti tok imam akan bagi briefing dulu.. tak gitu
dapat dari http://www.srikasih.co.cc/
Cara:
-Solat hari raya dua rakaat dimulai dengan ihram diikuti dengan doa iftitah.
-Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram
-Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa membaca satu ayat sederhana dan sunat membaca di antaranya
" Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar "
(Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
-Seterusnya membaca "Auzubillahi minasy syaitonirrajim", Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat.
-Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.
Para ulama telah ijma' tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;
Yang bermaksud, Amru bin 'Auf al-Muzani R.A meriwayatkan Nabi S.A.W bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil ADha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.
0 comments:
Post a Comment