Nak Souvenier best?

'Benci tapi sayang'

~kasihan pula pada makcik ni.. tapi dari pengalaman memang kebanyakan isteri- walau suaminya jahat, dia tetap sayang dan sokong.. xtahula nak komen macamana.. memang berlaku.. terutama isteri2 penagih dadah.. sanggup bergadai demi nak jamin suami dari tahanan..

Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Rohaya Bu-za
am@hmetro.com.my
2010/09/01

HULU TERENGGANU: “Sayang pun sayang, benci pun benci,” kata Mek Wook Kondor, 107, mengenai perasaannya terhadap suaminya, Mohd Nor Musa, 38, yang kini menjalani rawatan pemulihan di Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah (PKAD) selama dua bulan selepas ditahan polis kerana didakwa positif dadah jenis heroin pada 12 Ogos lalu.

Kata wanita tertua Terengganu itu, walaupun kecewa dengan sikap suaminya yang kembali ke tabiat buruk menagih dadah, jauh di sudut hatinya masih menyayangi lelaki berkenaan yang disifatkan amat setia mencintainya ketika susah dan senang.


“Kalau tidak sayang Mohd Nor, hendak ganti dengan siapa. Tiada siapa lagi lelaki dalam hidup saya kecuali suami yang sanggup hidup susah dan senang bersama.


“Walaupun perangai dia kadang-kadang tidak molek, dia tetap rajin menguruskan hal rumah tangga, malah sanggup memasak, membasuh dan memandikan saya ketika kami bersama,” katanya ketika ditemui di rumah adiknya, Minah, 66, di Kampung Tok Randok, di sini, kelmarin.

4 comments:

LyNn HaMzAh said...

huhuhuhu...kesian sungguh tgk makcik nie...suami dia x nak sedar ker?

Gen Fujita said...

Wallahualam. Kepada makcik, eh dah pangkat nenek aku dah, kepada nenek, Allah takkan lupakan budi baik nenek, Insya Allah adalah ganjarannya.

Atsuko said...

cakap lebih2 kang ade pihak terase...
(espesially laki)
hurm...
tanak komen pape...

nur said...

lynn- memang cinta itu buta la kan
gen- ye.. budi baik nenek akan dibalas baik..
atsuko- kene berlapik baru tiada yg terase

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...