Nak Souvenier best?

Kurang Selera Makan


~bulan2 puasa ni ada ke yang kurang selera makan? mungkin ada segelintir yang kurang selera makan dan ini juga boleh menjadi suatu petanda untuk sesuatu penyakit... semoga boleh berkongsi melalui artikel yang didapati dari http://www.myhealth.gov.my

Pengenalan

  • Kurang selera makan adalah gejala yang biasa dialami oleh setiap orang.
  • Kurang selera sementara yang tidak menjejaskan berat badan yang ketara adalah perkara yang sering berlaku. Ianya berlaku apabila seseorang merasa tekanan perasaan, menghadapi jangkitan seperti demam selsema, semasa menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi, dan pada peringkat awal mengandung.
  • Kurang selera makan yang berterusan disertai dengan pengurangan berat badan mungkin petanda seseorang itu mengalami penyakit yang serius.
  • Contoh penyakit yang boleh menyebabkan kurang selera makan adalah anorexia nervosa, kanser, jangkitan kronik seperti HIV dan tuberculosis, hypothyroidism (kekurangan hormon thyroid), penyakit hati dan buah pinggang yang kronik.
  • Pengambilan dadah seperti amphetamines, morphine, codeine dan sebagainya juga boleh menyebabkan kurang selera makan.

Tindakan Kendiri

  • Sila berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan lanjut, sekiranya anda mengalami kurang selera makan disertai dengan pengurangan berat badan yang mendadak, berasa lesu, batuk berterusan, demam berlanjutan, sesak nafas, perubahan tabiat membuang najis atau apa- apa gejala yang menjejaskan aktiviti dan fungsi harian anda.

Diagnosa / Rawatan Kurang Selera Makan

  • Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal serta menemubual anda mengenai corak dan kuantiti pengambilan makanan serta maklumat lain yang diperlukan untuk membuat diagnosa.
  • Doktor juga akan melakukan siasatan lanjut dengan melakukan ujian kencing, darah, X-ray dan sebagainya mengikut keperluan bagi membantu dalam membuat diagnosa.
  • Rawatan khusus akan diberi mengikut penyakit yang dihidapi

1 comments:

Unknown said...

owh..saya penah mengalami kurang selera makan pertengahan ramadhan lepas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...