Nak Souvenier best?

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Gambar cute Emma Maembong.

Gambar cute Emma Maembong.

~Nur perasan Ema Maembong ni berlakon dalam drama KAU YANG TERINDAH yang ada Neelofa dan Nazim Othman tu kan. Episod Akhir cerita Kau yang Terindah ni ada kontroversi tau.. Sebab kononnya penggambaran kat Mekah, tapi Neelofa dan Nazim macam tidur sebilik dan pegang pegang tangan.. Tapi Erma dah jelaskan dah.. Semua scenes tu dibuat di KL..
gambar emma maembong. -kosmo

FIGURA jelita ini sedang berusaha mencipta nama dalam persada lakonan tempatan.


SAIFUL NITA.

Saiful Nita?

Sedap nama tu.. Mula mula masa layari tonton nak tengok cerita-cerita kat tv3 (biasala selalu terlambat je dan akhirnya tengok kat tonton., maka ternampakla tajuk drama ni. Serius tak pernah tengok pulak cerita ni. Rupanya baru dua episod ditayangkan. Sebab baru lagi episod tu, maka klik la nak tengok kan.

Makanya, sinopsis cerita Saiful Nita ni lebih kurang tipikal je maca cerita-cerita yang pernah tayang. Mungkin tukar pelakon je. Kisahnya melibatkan dua keluarga, Tan sri Sulaiman dan Dato Mahmud, yang memang baik sejak dulu. Masing-masing mempunyai kompeni besar. Lepas tu satu kompeni menang tender, pastu lagi satu nak bankrap. 

So, Dato mahmud ni plan untuk kahwinkan anak lelakinya dengan anak perempuan keluarga Tan sri tadi tu.. ha itula setakat dua episod. Mungkin kalau tonton lagi akan diupdate cerita itu.. (Dalam realiti ada tak kisah camtu?)

Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

~Menontonnya di kaca tv baru baru ini. 

Sinopsis Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

sumber: wikipedia

Filem ini diilhamkan daripada kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' yang merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya. Dalam pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Sepeninggalan Awang, hati tunangnya Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini. Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia. Adakah cintanya masih setia bila digoda wanita Belanda? Di kota Goa, dapatkah dia menemui citra keturunannya? Hikayat ini terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa. Saksikan kesudahan filem ini - adakah tragedi ini padah akibat adat janji yang dimungkiri atau angkara nafsu dendam yang tersimpan?

Cinta Berkalung Duri : 2 Sept 2012.

Cinta Berkalung Duri.

Cerita malam ini baru je selesai ditonton tadi. Bukanlah peminat tegar pun, maksudnya tidak la menonton pada setiap episod yang ditayangkan, tapi kerap juga la.

Kisahnya secara ringkas adalah konflik antara zul huzaimy yang menyenangi ibu tirinya siti saleha yang telah berkahwin dengan ayahnya Jalaludin Hasan. Setakat yang ditonton adalah adik si zul huzaimy tu menasihati abangnya supaya tidak lagi mengganggu ibu tirinya dengan membuat panggilan telefon misteri pada setiap malam.

Setelah itu ada insiden di perkarangan pejabat apabila pekerja lama Ayahnya terserempak mereka sekeluarga dan nyata terkejut dengan siti saleha yang disangka anak Jalaludin hasan itu. Ini membuatkan zul huzaimy lebih tertekan. 

Kemudian pada suatu hari, siti saleha itu lambat pulang ke rumah apabila beliau balik berjumpa ibunya yang sakit.Pada masa inillah si zul huzaimy meracun fikiran ayahnya supaya bersangka buruk pada ibu tirinya. Bersambung...

Cerita Adam & Hawa : Aaron aziz.

Macam fenomena Oppa Gangnam Style pula cerita Adam & Hawa ni kan. Bila google website nurizspace ada buat review cerita Adam & Hawa ni. Rupanya review tu sejak dari awal tahun. Dah lama rupanya. Kisah Adam & Hawa ni diadaptasi dari novel tulisan Aisya Sofea.

Baru start google google dulu. Masih belum tonton.. Masih belum baca. Bila tengok kawan-kawan cerita yang novel ni best, dan dah baca sinopsis dah pun.. menarik juga. Haruslah mendapatkan segera. Belum lagi berkesempatan menonton. Tapi dah macam pisang goreng panas diperkatakan cerita ni. Maklum sajalah heronya itu kan Aaron Aziz. Siapa yang takmau tengok?

Kalau dah terlepas cerita ni macamana nak tengok ye? Ada sesiapa boleh cadangkan link? Atau ada yang dah download kan? Siapa pula yang ada novelnya?.. nak bagi pinjam ? Dah lama juga tak baca novel ni.. 

Adam & Hawa: sinopsis. / Novel.

~ini sinopsis novel Adam& Hawa. Dari Alaf 21. Tulisan Aisya Sofea.


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Adam & Hawa.

Dah baca?
Dah tonton?

-alaf21 website-

Drama : Akhirat.


TV2
Judul: Akhirat
Genre: Drama
Tarikh dan waktu siaran: Bermula 20 Julai setiap hari Jumaat pukul 2.30 petang
Sinopsis: Kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang amat menggerunkan. Dia cuba merahsiakan kesengsaraan ini daripada pengetahuan keluarga namun konflik melanda apabila dia tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dilema ini menyebabkan Mira menyatukan Amran dan Noni.

Vanilla Coklat...

dari: http://nshafea.blogspot.com/2010/02/kek-lapis-coklat-vanilla.html

Tahajjud Cinta. TV3.

BILA GOOGLE TAHAJJUD CINTA AJE DAPAT GAMBAR NI..
TAPI YANG NAK TENGOK SEBENARNYA CERITA ERMA FATIMA : TAHAJJUD CINTA TV3 TU..

Korban Kasih Abah. Anugerah Skrin 2011.

Korban Kasih Abah. Anugerah Skrin 2011.

Lakonan Esma Danial sebagai Adnan.. Bapa Tunggal yang bersusah payah menjaga anak perempuan tunggalbya Jamilah. Adnan menjaga Jamilah dengan penuh kasih sayang.
Membesarkan tanpa mengira penat lelah..
Berusaha untuk menunaikan segala yang dikehendaki oleh anak kesayangannya itu.

Bila dah dewasa, Jamilah menjadi selebriti,
Dan berjaya akhirnya.
Namun, Milah tidak mengenang jasa ayahnya..
Akhirnya? Dot dot dot..

Jom tengok sampai abes..

AGAKNYA CERITA NI BOLEH KE DINOBATKAN DRAMA TERBAIK ANUGERAH SKRIN 2011?
Samalah kita saksikan nanti.

Episod Tahajjud Cinta 16.9.2011.

Walaupun tidak sempat menonton seawalnya episod malam tadi, tapi dapat juga catch up sedikit sedikit.
Sebagai nak mengingatkan jalan cerita Tahajjud Cinta TV3 dilain masa.
Secara ringkasnya;
- seri dilamar oleh Ustaz Shauki.
- oh ye, Salah seorang isterinya dilepaskan ( zila jalil la kan ) sebab xde pun dia dlm ni..
- Solah meminta Seri supaya tolak pinangan ayahandanya.
- Fazura pula mahu membantu kakaknya yg mengalami masalah rumahtangga.
- Ayah Seri memaksa Seri menerima lamaran- dan telah menyatakan persetujuannya.
- Solah bertemu Seri.. The end kali ini..

Sambungannya kita tunggu minggu depan..

Komen : Kontroversi Drama Tahajjud Cinta TV3.

BERIKUT NI KOMEN TENTANG DRAMA TAHAJJUD CINTA .. SEE.. KOMEN PUN DAH BOLEH WAT ENTRY...
JADI TUNGGU AJE LA BESOK MALAM SAMA ADA AKAN DITAYANG ATAU TAK DRAMA KONTROVERSI TAHAJJUD CINTA TV3 NI.NAK TENGOK!


oh artis said...
tak salah pun sebenarnya.kan die pakai sarung tangan.hem.lagipun muka bukan aurat kan.alah, kat mesia ni suka kecoh lelebih la isu macam ni.kalau drama islamik sikit mesti nak hentam gila-gila.namun bila cerita "kl-gang/bohcia/remput" tu, tak ada pulak duk kecoh nak kontroversi.laa ni kemain ramai lagi budak muda (bangku sekolah) duk guna bahasa kurang ajar dalam filem tu.

yang cetuskan kontroversi ini adalah golongan yang konon-konon "masuk" syurga ni.kalau nak hentam, hentam lah filem yang sebarkan benda negatif.aku tengok filem ganas/aksi/bahasa kesat kerap ditayangkan sehinggakan gejala sosial sekarang menjadi-jadi..

nak cakap pasal iman, takda hak pun kita manusia ni nak cakap pasal tu.iman tu bertambah dan berkurang.serban besar bakul pun belum tentu masuk syurga.

Cerita Johan As'ari. Juvana.

BERCERITA dengan pelakon Johan Arrif As’ari, 25, (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Botak, pemuda ini sebenarnya tidak senakal seperti yang digambarkan dalam drama bersiri Juvana di TV3 yang telah melabuhkan tirainya pada 18 Julai lalu.

Johan yang memegang watak itu cukup nakal kerana sanggup membuli pelajar-pelajar lain di sekolah pemulihan akhlak, Wira Bakti.

Apabila mendekati pemuda ini dia seorang yang ramah dan berterus terang. Watak dalam drama jauh berbeza dengan sikapnya yang sebenar.

Johan pernah belajar di sekolah pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia selama setahun ketika berusia 20 tahun.

Di situ, dia melalui rutin hidup yang berdisiplin dan penuh dengan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah, mendengar kuliah agama dan menghafaz ayat al-Quran.

“Dalam tempoh setahun, kawan-kawan saya berjaya menghafaz lebih daripada satu juzuk tetapi saya mampu untuk satu juzuk sahaja. Saya tidak tahu di mana kekurangannya tetapi saya seronok belajar di situ bersama-sama lapan orang kawan yang lebih muda daripada saya.

“Walaupun tidak lagi belajar di situ, saya tetap meneruskan aktiviti seperti mengaji di rumah. Apabila terpandang jubah pemberian ayah serta syiling yang dihadiahkan oleh Imam Masjid As-Syuhada di Jambi, semua kenangan silam di sana pasti mengusik minda saya,” katanya kepada OopStarz!.

TAK SANGKA YE..

SuperMAK ganti #JUVANA!!

mstar:


PETALING JAYA: Drama bersiri Juvana yang berjaya memecahkan rekod penonton tertinggi 4.2 juta bakal digantikan dengan drama pertarungan berjudul Supermak bermula pada Rabu (semalam) pukul 9 malam di TV3.
Menurut pengarahnya Prem Anand Pallai, dia yakin drama tersebut mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menarik penonton untuk terus menonton slot aksi.
"Saya tidak tertekan dengan rating Juvana kerana bagi saya drama Supermak ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik perhatian penonton.
"Drama ini mempunyai nilai kekeluargaan di samping aksi seorang ibu yang cekap menguruskan hal rumah tangga dan masalah jenayah. Saya yakin drama ini akan mempunyai pengikut terutamanya seisi keluarga," ujarnya ketika ditemui di sidang media drama Supermak, di sini, Rabu.
Dari segi pemilihan pelakon, Prem mengakui Nasha Aziz dan Zul Yahya adalah calon yang paling tepat memegang kedua-dua watak tersebut.

#JUVANA EPISOD AKHIR.

Sape tengok cerita JUVANA EPISOD AKHIR tadi? Best tak? Ceciter ceciter. Meh nak citer.. Tapi tak tau nak start dari mana.. Kira kita cerita apa yang ingat je la ye.. Oh ye, bagi yang belum pernah tonton cerita ni, rasanya kalau tengok EPISOD AKHIR JUVANA tadi tu pun mungkin boleh faham keseluruhan cerita. Hehe.. Itu betterla dari tengok dari awal, tak pernah miss tetiba tak berkesempatan nak tengok CERITA JUVANA EPISOD AKHIR tadi kat TV3.. frust la kan..

Baiklah, tanpa berterusan melalut, marilah meringkaskan cerita JUVANA yang telah berjaya menaikkan nama ZAHIRIL ADZIM dan CIKGU ZAKIAH.
- mula mula tunjuk budak2 juvana kena kurung manakala Cikgu Zakiah juga diikat.
Cikgu Ameer taknak bersubahat dgn en Warden , cuba selamatksn Cikgu Zakiah tapi akhirnya ditikam.(tercedera).
Berjaya melarikan diri tapi akhirnya semua ditangkap kembali oleh warden dan gengnya- Daim ditikam oleh Botak.
Mereka dikurung kembali- En Raja telefon polis kononnya budak2 juvana bikin rusuhan.
Bila polis datang, akhirnya En Raja ditangkap sbb cikgu Ameer berjaya selamatkan diri dan minta bantuan Polis.
Botak ditangkap dan meminta maaf.
Daim dilepaskan dari RUMAH WIRA BAKTI.
Kembali selepas 10 tahun untuk menjadi pengajar disitu bersama cikgu Zakiah...
Ayam - menjadi ayah yang berjaya dengan 8 orang anak ( tu pun kira pencapaian)
Botak - Peninju Asia

EPISOD AKHIR JUVANA! (video promo). ZAHIRIL ADZIM.

Video promo cerita EPISOD AKHIR JUVANA ni boleh ditonton kat blog sis Dahlia ye.. Kat bahagian bloglist blog ALL IN ONE ini.

Kejap je lagi kan nak start CERITA JUVANA EPISOD KE 13 ni. Memang kebanyakan cerita ada 13 episod je ek. Apapun, cerita JUVANA dah disiarkan lepas cerita GEMILANG haritu ye?.. Sepanjang yang kawan kawan ikuti cerita ini, part mana yang paling best?.. Oke oke.. Tidak termasukle episod yang akan ditonton kejap lagi yer..

Mutu lakonan Zahiril Azim macamana?.. Berbanding dulu dulu dia hanya watak sampingan.. Kini dah start dibeti watak watak utama. Apa yang boleh disimpulkan adalah lakonan ZAHIRIL ADZIM ni tak mengecewakan.., (mesti dia bangga kalau baca ni- hehe; manala tau kan.. Sebab dia pun blogger juga tau.. Jangan taktau ye kawan kawan.

Apakah yang kawan kawan harapkan dari episod yang terakhir ni?.. Happy ending? Sad ending atau hanging ending?..

Kalau ending yang hanging nanti pasti ada rentetan JUVANA 2.. nak ke tak nak?

CERITA JUVANA : EPISOD AKHIR malam ni. Jgn lupa.!

CERITA JUVANA EPISOD AKHIR akan ditayangkan jam 9 malam nanti. Jangan lupa menonton ye.. Ada mesej yang baik dari cerita ni.. ZAHIRIL ADZIM ni makin lama makin glamer ye.. Malam ni juga khabarnya PELAKON CERITA JUVANA ZAHIRIL ADZIM akan berCHATTING dengan peminatnya selepas tamat CERITA JUVANA EPISOD AKHIR di TV3 tu nanti .. Samala menunggu..

Jom layan sinopsis cerita ni sikit;

“Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri Juvana ini,” katanya.

Drama ini berkisarkan perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh.

Drama terbitan Filmscape ini menyaksikan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, Pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo dan membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarea, Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata dan Hariry.

KHURAFAT THE SERIES.

Pelakon utamanya adalah Zahiril Azim yang tengah glamer dengan cerita #juvana tu- dan dia juga seorang blogger okeh. Selain tu ZAHIRIL juga digandingkan dengan sikecil comel NORA DANISH ni. Cerita ni susulan KHURAFAT the Movie arahan SY tu.

Episod pertama ni mengisahkan tentang bagaimana si ZAHIRIL dan NORA ni membuat perjanjian berdasarkan mantera supaya dapat bersama sehidup semati.. Mereka berdua pergi ke satu tempat yang menyeramkan iaitu melakukan ritual di satu busut. Dan menggunakan darah mereka berdua.

Tidak lama kemudiannya, JO(zahiril) telah eksiden diikuti MAS (nora danish) juga eksiden di tempat yang sama. Malangnya Mas telah koma manakala Jo selamat. Sejak mereka melakukan ritual di Busut tersebut, mereka sering diganggu oleh suatu lembaga yang menakutkan. Dan setelah Mas itu koma, Jo pula diganggu...

Apakah kesudahan EPISOD PERTAMA KHURAFAT THE SERIES pada hari ini?.. Jom tengok sampai habis pastu cerita la.. Jangan tak boleh nak lelap la pulak ye nanti..

Seraaaaam..

STANZA CINTA.

Kalau kita ditimpa musibah?

Diuji dengan diberi khabar yang tidak gembira?..
Contohnya macam dalam kisah STANZA CINTA malam ni?
Mengenai diberitakan yang dia ditimpa penyakit Kanser?

Lupakan STANZA CINTA.
Dalam alam realiti juga sering berlaku perkara sebegini.
Setiap hari pasti ada yang menerima berita sebgini.
Anda disahkan mengidap kanser!
Dush.. Tamparan hebat..

Kata orang, yang tak berada pada situasi si pesakit, pasti tidak dapat menggambarkan perasaan tersebut.
Jika katakan kawan atau saudara mara kita diberitakan berita mencabar ini.. Maka apa yang harus dilakukan?
Biasanya.." sabarlah kak/ abang/ pakcik/ makcik.. ujian.ada hikmah disebaliknya"..

Tapi.. apa yang sebenarnya sang pesakit ni harapkan?..
Ada yang nak kongsi?..
Silakan..

Tersasar pula dari tajuk ni STANZA CINTA.. Erk.. STANZA tu maksudnya apa ye?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...