Jejak Jepun Bersama Zizan / Astro Prima 105
Cerita Adam & Hawa : Aaron aziz.
Adam & Hawa: sinopsis. / Novel.
Birthday DIVA semalam.. HISTORY CHANNEL SITI NURHALIZA.
Program selama sejam, yang disiarkan pada hari lahir Siti yang ke-33 itu mengisahkan kejayaan beliau selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni — bermula dari bawah sebagai penyanyi pada majlis perkahwinan hingga ke puncak kejayaan dan kemudian menceburi bidang perniagaan.
Dikenali sebagai penyanyi bersuara emas, berpewatakan menarik dan sopan, Siti memulakan karier nyanyian pada usia 16 tahun dan terus mengembangkan bakatnya dengan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.
Kejayaan mula berputik selepas beliau memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini iaitu pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1995.
Sejak itu popularitinya terus meningkat.
Siti juga menjadi artis pertama Malaysia yang membuat persembahan di Royal Albert Hall di London, di mana beliau digelar sebagai “Celine Dion Asia” oleh akhbar-akhbar Britain.
Selain menguruskan karier nyanyiannya, Siti turut menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan empayar kosmetik SimplySiti. - BERNAMA
~WAH.. SIAP DAPAT MASUK HISTORY CHANNEL DIA KAN..
Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef.
- Official Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
JUARA IMAM MUDA 2.
Namun, bila IMAM MUDA 2 ini selesai, perjuangan para IMAM MUDA ini belum ternoktah di sini. Masih panjang perjalanannya.. Ini baru permulaan.. Jalan dihadapan masih banyak liku liku yang perlu dihadapi dan ditempuhi.
Dan tepuk bagi mereka yang mencetus idea bagi program ilmiah ini.. Yang diminati ramai..
Dan
TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT JUARA IMAM MUDA 2 iaitu:
IMAM MUDA HASSAN.
JUARA / JOHAN IMAM MUDA 2 2011 milik IM HASSAN atau IM Nazrul.
Maka, siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA IMAM MUDA MUSIM KEDUA?. Pilihan cuma ada dua. Antara IMAM MUDA HASSAN atau IMAM MUDA NAZRUL? siapakah yang menjadi pilihan kawan- kawan nanti ye? Kenapa? Siapa yang lebih layak ?..
Apa pun percaturannya.. Akan dirungkai sebentar sahaja lagi..keputusan yang bakal merubah hidup IMAM MUDA itu sendiri. Dan bakal melebarkan lagi sayap IMAM MUDA UNTUK MUSIM KETIGA?(barangkali).
Dengan kemunculan program sebegini, Sedikit sebanyak dapat membuka minda kita yang jika kita berfikir secara kreatif.. Kita tidak perlu bersusah payah memanggil orang untuk datang kepada kita.. Tapi, dengan sendiri dan sukarelanya mereka akan datang kepada kita..
Tahniah SEPAH : JUARA / johan MAHARAJA LAWAK FINAL
MAHARAJA LAWAK yang baru tamat tadi.. Gaya macam tengok je kan.. Jeles dengan orang yang dapat tengok. Sure ketawa dan terhibur hati..
Agaknya kenapa tak dapat tengok?.. Sebabnya memang tak melanggan ASTRO WARNA tu. Cuma ambil yang basic aja. Dan rancangan MAHARAJA LAWAK tu cume nengoknya secara online sahaja. Jadi, bila agaknya boleh nonton yang online punye versi FINAL MAHARAJA LAWAK tu.
Bagi kawan-kawan yang berpeluang nonton pastinye tak kering gusi tergelak ye.. Tak sabar nak nonton kat YOUTUBE ni.. atau kawan kawan ada cadangan nak tonton katne?
Sape yang tengok tadi.. Ceciter ceciter.. Cemane gamaknye persembahab finalis tadi.. Oh ye.. Yang JOHAN MAHARAJALAWAK je yang tau.. Lain- lain peciter? Nabil?.. Jambu?.. JOZAN?(kesian derang kalah
TEMPAT INTERVIEW / UJIBAKAT USTAZAH PILIHAN.
USTAZAH PILIHAN.
Siapa yang rasa layak, boleh sertainya.. Yela.. mana tahu ada rezeki kat situ..
Nonton TLC : Passage To Malaysia..
Dalam wiki ada nih!!!
Teh tarik merujuk kepada air teh bersusu yang dicurah antara dua koleh bagi menyejukkannya dan menjadikan ia berbuih. Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh tarik menjadi minuman pilihan sepanjang masa, siang dan malam bagi penggemarnya.
Teh tarik dan teh ais merupakan minuman yang dikaitkan dengan warung dan kedai mamak. Ia lazat diminum bersama-sama hidangan nasi lemak, roti canai, roti telur, roti tempayan, dll.
Teh tarik biasanya dibuat dengan menggunakan teh serbuk yang murah dan dibeli secara pukal (pada kebiasaanya). Serbuk teh ini akan dibancuh dan ditapis dengan menggunakan tapisan kain.
Teh tarik pernah diburuk-burukkan oleh khabar angin yang mendakwa bahawa minuman teh tarik dicampur dengan sabun serbuk bagi menambah buihnya.
Buih teh tarik tersebut sebenarnya terbentuk disebabkan ia dicurah diantara dua koleh dan kepekatan kandungan gula dalam air teh menyebabkan buih yang terbentuk dapat bertahan lama. Cara yang sama digunakan bagi mengekalkan buih sabun ketika bermain buih sabun. Cuma tambahkan gula kedalam larutan sabun bagi menjadikan buih sabun tahan lebih lama. [1]
