Nak Souvenier best?

Showing posts with label Astro Prima. Show all posts
Showing posts with label Astro Prima. Show all posts

Jejak Jepun Bersama Zizan / Astro Prima 105




Menerusi program selama setengah jam ini, Zizan akan berkongsi dengan penonton pengalamannya mengembara ke Osaka, Kobe, Wakayama, Kyoto, Shirahama, Yokohama dan Tokyo.
Katanya, pengalaman pertama mengacarakan travelog memberikan dimensi dan pengalaman baru kepadanya yang selama ini hanya menerajui program hiburan sahaja.
"Program ini membuka minda saya dan memberikan kelainan daripada program-program hiburan yang selalu saya acarakan. Konsep yang santai dan bebas itu memudahkan kerja saya untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman di Jepun dalam travelog ini.
"Bukan sahaja saya dapat pengetahuan baru mengenai negara itu, malah ia mendedahkan saya kepada budaya dan disiplin masyarakat mereka dalam kehidupan seharian serta kerja.
"Kalau diberi peluang, saya mahu mengacarakan program begini lagi," katanya yang berada di Jepun selama dua minggu pada penghujung Jun lalu.
Sementara itu, Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro Azlin Reza Azmi berkata, Zizan dipilih sebagai pengacara kerana karakter yang lincah dan bersahaja.
"Kami percaya Zizan mampu mengacarakan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri pasti memikat hati penonton," katanya.
Program ini bakal ditayangkan bermula 12 September depan pada setiap Rabu pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105).

Adam & Hawa: sinopsis. / Novel.

~ini sinopsis novel Adam& Hawa. Dari Alaf 21. Tulisan Aisya Sofea.


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Adam & Hawa.

Dah baca?
Dah tonton?

-alaf21 website-

Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef.

Mempersembahkan..
Lebih Pedas Dari tomYam Kung..
Lebih sejuk dari ICE..
 :
 :
 :

Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef!”

Apakah keistimewaan saya sehingga layak diberi GELARAN:
Blogger MasterChef Yang Pertama

1.  Seorang blogger.. 
Semestinya YA kerana memiliki RANGKAIAN blog seperti berikut:

2 .MasterChef.
Untuk digelar CHEF mahupun master masih agak jauh. Pernah juga mencuba beberapa RESEPI di alam maya ini. Rujukan utama RESEPI ADALAH DARI SINI: CMG.
Namun bukan tiru bulat-bulat atau bujur-bujur.. Semestinya ada kekurangan dan kelebihan dari segi kuantiti serta kualiti.


Jadi bagi kawan-kawan blogger yang memang berbakat tu, bolehla mencuba nasib disini: MASTERCHEF BLOGGER NUFFNANG!

Ha, bagi kawan-kawan yang masih belum jelas dengan MASTERCHEF  MALAYSIA ni,ketahuilah bahawa Rancangan ini akan dilancar pada 22 hb Oktober 2011 dengan tajuknya MASTERCHEF MALAYSIA la kan.

Jangan lupa reminder untuk MASTERCHEF MALAYSIA:
MASTERCHEF TX bermula 22 Oktober 2011, Setiap SABTU hingga RABU , JAM 9 MALAM.
Manakala MASTER CLASS pula adalah jam 9 malam SETIAP JUMAAT.

Semestinya di SALURAN ASTRO RIA (104).

Berikut adalah link yang tidak boleh diendahkan!:

- Official Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

~MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!

JUARA IMAM MUDA 2.

IMAM MUDA MUSIM kedua melabuhkan tirai EPISOD AKHIR nya sebentar tadi. Tahniah kepada JUARA IMAM MUDA 2 yang mewarisi takhta IMAM MUDA dari IMAM MUDA ASYRAFF iaitu IMAM MUDA HASSAN!. Perjuangan IMAM MUDA ini bermula apabila 10 IMAM MUDA berjaya menempatkan diri dalam MUSIM KEDUA ini. Dari latarbelakang yang berbeza- beza mereka ini bersatu dibawah bumbung yang satu bagi menyampaikan dakwah. Dibekalkan dengan pelbagai tugasan yang mencabar, mereka ini berjaya menempuhinya dengan berjaya.. Berperingkat- peringkat mereka ini disingkir satu persatu, dah namanya pertandingan.. Pastilah memerlukan pilihan terbaik di kalangan terbaik..( cream of the cream)..
Namun, bila IMAM MUDA 2 ini selesai, perjuangan para IMAM MUDA ini belum ternoktah di sini. Masih panjang perjalanannya.. Ini baru permulaan.. Jalan dihadapan masih banyak liku liku yang perlu dihadapi dan ditempuhi.
Dan tepuk bagi mereka yang mencetus idea bagi program ilmiah ini.. Yang diminati ramai..

Dan
TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT JUARA IMAM MUDA 2 iaitu:
IMAM MUDA HASSAN.

TEMPAT INTERVIEW / UJIBAKAT USTAZAH PILIHAN.

Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:
9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
Sesi ujian dan temu duga terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.
~Sumber Kosmo.

USTAZAH PILIHAN.

Jom usha-usha..
Siapa yang rasa layak, boleh sertainya.. Yela.. mana tahu ada rezeki kat situ..


KUALA LUMPUR: Saluran televisyen Astro Oasis memperkenalkan program realiti terbaru berjudul Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran pada 1 Oktober depan.
Program tersebut akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat.
“Idea menerbitkan program ini adalah rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk memberi pelung kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka.
“Bagaimanapun dakwah yang akan ditampilkan bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syarak yang semestinya menjadi suatu kelainan selain mampu menarik perhatian masyarakat,” ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.
Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Menerusi konsep Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri.
Mereka yang layak akan ditempatkan di ibu kota untuk menjalani kursus melalui mata pelajaran yang telah ditentukan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dalam aspek hal ehwal semasa.
“Kesemua peserta akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu berlandaskan format kitaran kehidupan.
“Format ini meliputi tugasan-tugasan yang akan mereka lalui berdasarkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekatan yang akan digunakan adalah relevan dengan realiti wanita di zaman moden,” tuturnya.
Dari segi pemarkahan, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan dibimbing oleh para Mursyidah (mentor) yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).
Markah akan diberikan kepada kumpulan dan individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang dilaksanakan setiap minggu.
Lebih istimewa, setiap warga kerja yang terpilih menjayakan program ini adalah di kalangan wanita.
“Kami sedang berusaha untuk merealisasikan bahawa kesemua yang terlibat dalam produksi ini adalah wanita.
“Malah kita mahu penonton yang hadir pada setiap minggu juga di kalangan penonton wanita sahaja,” katanya.

Layan Dolah Hapak.

Sambil menonton cerita kat Astro Prima ni.. Sambil berblog. Usai urusan harian setakat harini. Syukur masih berpeluang melakukan kerja kerja tersebut. Macam macam cerita sekarang ni kan. Macam macam tajuk ada.. Harini.. Dolah Hapak.. Ada Nizam Kambing, Halimah Jongang.. Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Komersial sungguh nama nama tersebut kan...

Cerita Dolah Hapak ni tentang Fizo Omar yang berlakon sebagai Dolah yang berbau Hapak.. Memang dalam realiti seharian kita pun berlaku perkara macam ni.. Inila perlunya deodoran kan?.. Khas untuk menghilangkan bau bau badan.. Selain mandi bersabun la.. Kebersihan itu penting, kalau kita berbau hapak.. Tiada siapa la akan suka mendekati kita.. Pakai perfume?.. Salah satu alternatif juga kan.. Selain tu, ada petua dengan mandi herba pun boleh menghilangkan bau badan yang hapak itu..

Atau kawan kawan ada petua yang ingin dikongsi? Pergi spa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...