Nak Souvenier best?

Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Jejak Jepun Bersama Zizan / Astro Prima 105




Menerusi program selama setengah jam ini, Zizan akan berkongsi dengan penonton pengalamannya mengembara ke Osaka, Kobe, Wakayama, Kyoto, Shirahama, Yokohama dan Tokyo.
Katanya, pengalaman pertama mengacarakan travelog memberikan dimensi dan pengalaman baru kepadanya yang selama ini hanya menerajui program hiburan sahaja.
"Program ini membuka minda saya dan memberikan kelainan daripada program-program hiburan yang selalu saya acarakan. Konsep yang santai dan bebas itu memudahkan kerja saya untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman di Jepun dalam travelog ini.
"Bukan sahaja saya dapat pengetahuan baru mengenai negara itu, malah ia mendedahkan saya kepada budaya dan disiplin masyarakat mereka dalam kehidupan seharian serta kerja.
"Kalau diberi peluang, saya mahu mengacarakan program begini lagi," katanya yang berada di Jepun selama dua minggu pada penghujung Jun lalu.
Sementara itu, Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro Azlin Reza Azmi berkata, Zizan dipilih sebagai pengacara kerana karakter yang lincah dan bersahaja.
"Kami percaya Zizan mampu mengacarakan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri pasti memikat hati penonton," katanya.
Program ini bakal ditayangkan bermula 12 September depan pada setiap Rabu pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105).

Tarikan Pelancong: Bukan Penjara Pudu.


GREEN ISLAND, Taiwan - Penjara yang menempatkan penjenayah tegar dan tahanan politik di Pulau Green yang terletak di pantai timur Taiwan merupakan lokasi paling ditakuti suatu ketika dahulu.
Di sana, beribu-ribu banduan dipenjarakan dengan sebahagian daripada mereka menemui ajal. Namun kini, ia menjadi destinasi pelancongan utama kerana pemandangan cukup indah dan sejarah hitam yang dimilikinya.
"Ketika saya kecil, ayah suka menakutkan saya untuk dihantar ke Pulau Green sekiranya tidak menjaga tingkah laku. Sekarang saya berpeluang melihatnya dan mengakui ia sungguh menakutkan apabila memikirkan bagaimana banduan tinggal beramai-ramai di dalam lokap yang kecil," jelas seorang pengunjung ke penjara yang kini sudah diubah menjadi sebuah muzium, Vicky Liu, 22.
Muzium tersebut mengumpul dan mempamerkan artifak dari tahun 1951 hingga 1987. Antaranya ialah lukisan yang menunjukkan banduan dipukul dengan buluh panjang atau dipaksa melutut di atas serpihan kaca. Pada satu masa, penjara itu pernah menempatkan sehingga 2,000 orang banduan.
"Kami mahu menjadikan penjara ini sebagai satu bangunan yang diingati," kata ketua muzium terbabit, Cheng Sheng-hsing.
Beberapa buah kedai di bandar Jhongliao turut menjual barangan cenderahati bertemakan penjara. Misalnya, lakaran kartun sekumpulan banduan yang sedang merancang untuk melarikan diri. - AFP

Nak G MATTA Fair?..

MATTA Travel Fair Kembali lagi!!! Best tak pergi Matta Fair ni ye?.. Katanya harga tiket sangat murah ye?.. Pakej-pakej yang ditawarkan memang mengejutkan.. Belum pernah pergi lagi. Teringin juga. Nak la tengok ke 'best'an nya.. Ada yang berminat?.. Atau ada yang nak share cerita kat sini?..

Oh.. Nama penuhnya: (Malaysian Association of Tour and Travel Agents). Start dari tahun 1991 lagi karnival ni ye.. Setiap tahun. Maksudnya dah 20 tahun la ye..(betul tak?).

Tahun ni pula akan berlangsung dari 11-13 Mac ni. Kat PWTC. Pasti ramai yang g jugak kan. Biasanya hingga mencecah ratus ribu orang ye. Fuhh.. Mau tak jem jalan tu.. Makan dengan roti, sure kenyang punyelah.

Maklumat lanjut?; www.mattafair.org.my

above the sky

masha Allah.menarik bukan.this was taken from my flight to east malaysia last year. masa first time naik airplane adalah berasa sangat excited- teruja.dah besar2 baru berpeluang.tapi sebenarnye sama sahaja cuma telinga akan kurang selesa.jadi perlu menelan air liur untuk menyeimbangkan tekanan nya.jika membawa bayi- alternativenya memberi susu atau puting supaya dia x menangis.
apapun, this view amazed me...

fotografi


i love taking pics.dulu2 sangat aktif mengambil gambar.tidak kira di mana2 pun. betapa indah nya alam sekeliling. bersyukur kita dapat menikmatinya.
sekarang masih minat cuma masa dan komitmen terpaksa dikurangkan.
also sangat suka travel ke sana sini.dah banyak tempat dah pergi tapi masih banyak lagi yang masih belum sampai.kalau ada rezeki...
foto ni gambar early morning @ pulau perhentian.sangat mendamaikan dan menenangkan jiwa. silalah bercuti2 malaysia di san.. memang seronok.. lari dari kebingitan kota..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...