Nak Souvenier best?

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Nak tanyala .. apa PETUA KEKAL CERGAS?

Nak tanyala .. apa PETUA KEKAL CERGAS?

Jeles je Nur tengok kengkawan yang senantiasa aktif.. senantiasa on the go.. Aktif semacam aja.. Kita ni bila dah buat kerja mau setengah hari dah penat.. Mula la mengeluh sana sini. Heran betul dengan mereka yang kelihatan bertenaga.

Jadi, kat sini Nur nak mintak la dari kawan-kawan yang budiman yang sudi nak kongsi..

PETUA KEKAL CERGAS.

Mana tau, bolehla Nur amalkan.. Supaya otak ni sentiasa fokus dan badan pun sentiasa aktif aja.. Takdela asyik kelihatan tak bermaya..

Ada yang jual UBAT JADI KUAT ke?..
Macam POPEYE yang makan SPINACH tu..

Petua Malam Malam.. Nak Rambut Lebat.

dari saji online:


BAHAN-BAHAN:

3 sudu minyak sapi

Tuala


CARA-CARA:

1. Mula-mula, lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala
2. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering
3. Biarkan ia semalaman
4. Keesokannya, bilas rambut anda sehingga bersih
5. Untuk hasilnya, amalkan petua ini 2 minggu sekali

ASID: Kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg .

~Semoga informasi ini dapat dikongsi bersama..mstar.

KUALA LUMPUR: Beberapa siri insiden serangan asid di Lembah Klang baru-baru ini jelas menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, terutamanya kaum wanita.
Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac namun orang yang bertanggungjawab masih bebas lepas.
Namun, seorang pakar kimia Prof Dr Zainudin Arifin berkata orang ramai tidak seharusnya berasa cemas dan terancam dengan insiden berkenaan.
"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa, dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan," katanya kepada Bernama, Selasa.
Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.
"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.
"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.
"Dan jika dalam paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," kata beliau.
Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar. Mengenai insiden simbahan asid yang berlaku di sekitar Lembah Klang ini, Zainuddin percaya bahan yang digunakan dalam serangan berkenaan bukan larutan beralkali seperti yang dilaporkan tetapi adalah asid cair.
Katanya terdapat empat jenis asid yang lazimnya mudah diperoleh di pasaran iaitu asid formik, asid hidroklorik, asid sulfurik dan asid nitrik.
Beliau berpendapat bahawa cadangan kerajaan untuk mengawal jualan asid di pasaran tidak sesuai dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah berkenaan.
"Jika ada seorang yang lemas, adakah kita akan melarang semua orang daripada berenang? soalnya.
Beliau berkata cadangan ini juga tidak membantu memandangkan asid merupakan bahan penting bagi kebanyakan industri pembuatan dan pertanian.
Asid boleh diperoleh dengan mudah di kedai-kedai menjual alat perkakasan dan ia juga digunakan untuk tujuan pembersihan.
"Mengenai kegunaan asasnya, asid sangat berkesan sebagai agen bagi membersihkan kotoran.
"Dan sebagai negara perindustrian, kita menggunakan banyak asid terutamanya asid sulfurik, yang juga merupakan sejenis bahan yang paling banyak dikeluarkan dan bahan penghakis paling berkesan," katanya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan sebagai berkata beliau akan mencadangkan kepada Kabinet untuk menghadkan penjualan asid berikutan insiden yang berterusan berlaku itu. - BERNAMA

Kategori Botol Plastik. BPA.

Akhir ini ada isu tentang botol susu dan BPA. Entry kali ni cuma nak kongsikan tentang kategori-kategori botol-botol plastik. Bagi kawan-kawan yang belum tahu, sila lah berkongsi ye. Pernah terbaca pada satu laman web tentang kategori tersebut.

Kawan -kawan perasan atau tidak, jika kita gunakan botol plastik atau bekas plastik, pada dasar botol atau bekas itu ada tertulis macam-macam simbol. Ada juga yang bernombor.. Boleh baca lanjut DISINI tentang kategori nombor..

To sum up, if the bottle has the number 1, 2, 4, or 5 on the bottom, it’s made from one of the safer plastics.

If the number says 3, 6, or 7, there is a greater likelihood that the bottle will be leaving a chemical residue in your beverage.

Category No. 3, PVC or polyvinyl chloride, is the worst, followed by No. 7, which may contain polycarbonates (bisphenol-A).

Secara ringkasnya:
Nombor 1,2,4 atau 5- diperbuat dari bahan yang lebih selamat.
3,6 atau 7, berkemungkinan boleh memudaratkan.

Dapat Petua Bau Badan..

~Kawan kawan ada petua lain tak?.. Jom kongsi kongsikan kat sini kawan kawan yang budiman...


"petua ni cik Epo dapat dari mak kepada sahabat cik Epo masa kat sekolah dolu dolu. maklumlah, duduk asrama. macam macam petua dapat tau ! apa petuanya? yeah, sangat mudah diamalkan. tak perlu air limau, tawas, air sunkist pun tak payah, susah nak buat ! buat la benda senang. time korang nak mandi tuh, gosok-gosok la siket ketiak. korang jangan guna tapak tangan. kang berbau tangan korang satu hari tak pasal-pasal. nak salam ngan orang pon, orang tak sanggup nak sambut salam korang ! bukan salah cik Epo oke? hehe . so, korang gosok la dengan BELAKANG tapak tangan. relevannya, i pon taktau. hehe :D "

credit to cik epo

Cuba Nak Tidur Tapi Tak Berjaya!!!

Cuba baca ni.. Masa surfing tadi terjumpa artikel/ petua ni..

Valerian: a mild herb that helps you fall asleep without morning grogginess.

Kava: the ground up Kava root is used by Hawaiians to make a relaxing brew.

Herbal Tea: try chamomile, hops, passionflower or lemon balm.

Diet: cut out caffeine, alcohol, and sugar, especially later in the day.

Melatonin: a natural sleep-inducing hormone, taken in pill form before bedtime.

Aromatherapy: try essential oils of lavender, chamomile or ylang ylang.

Soft Music or Meditation Podcasts: When I listen to a meditation podcast lying down, I’m always asleep before it’s over!

Be sure to research your choice so you prevent possible drug interactions or side effects.

Source: About.com

Image: James Jordan

Layan Dolah Hapak.

Sambil menonton cerita kat Astro Prima ni.. Sambil berblog. Usai urusan harian setakat harini. Syukur masih berpeluang melakukan kerja kerja tersebut. Macam macam cerita sekarang ni kan. Macam macam tajuk ada.. Harini.. Dolah Hapak.. Ada Nizam Kambing, Halimah Jongang.. Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Komersial sungguh nama nama tersebut kan...

Cerita Dolah Hapak ni tentang Fizo Omar yang berlakon sebagai Dolah yang berbau Hapak.. Memang dalam realiti seharian kita pun berlaku perkara macam ni.. Inila perlunya deodoran kan?.. Khas untuk menghilangkan bau bau badan.. Selain mandi bersabun la.. Kebersihan itu penting, kalau kita berbau hapak.. Tiada siapa la akan suka mendekati kita.. Pakai perfume?.. Salah satu alternatif juga kan.. Selain tu, ada petua dengan mandi herba pun boleh menghilangkan bau badan yang hapak itu..

Atau kawan kawan ada petua yang ingin dikongsi? Pergi spa?

ProKesihatan dan Tidur

Cubala Klik Kat: blog prokesihatan

Cube tengok apa yang ada kat situ.. berminat?.. Bolehla tanya tuan empunye blog prokesihatan . tu ye..

Petua untuk mudahkan tidur..
  • Minum susu suam.
  • Baca buku yang boring.
  • Pejam je mata tu sampai tertidur..

Teringat bila dulu dulu masa tengok cerita kartun, bila time nak tidur tentu ada part mengira kambing lompat pagar.. Berkesan tak agaknya ye.. Ada sesiapa dah try?

Tak Lena Diulit Intan

Macamana nak paksa tidur?.. Tidur tidur ni boleh ke dipaksa paksa. Ada petua ke.. Pernah ke rasa nak tidur tapi tak boleh nak lena? Kena Intan juga yang ulit sampai lena ye..

Kena tidur juga sebab nak simpan tenaga untuk esok. Banyak urusan perlu diselesaikan. Maklum di Tahun Baru 2011 ni, macam macam dalam perancangan.. Di restuiNYA maka berjalanla ia.. Moga moga begitula.

Berbalik pada topik ni, ada orang cakap kalau tak boleh nak tidur, pura pura saja la.. Baring dan pejamkan mata.. Lama lama bolehla lena ye.. Takpun kira kambing lompat pagar. Haha.. Cemane nak kira kambing tu ye.. (musykil).. Nak makan kasi perut kenyang dulu?.. Cukupla minum susu.. Tapi dah habis stok ni..

Berlakon tido je la.. Pejamkan mata.. Mimpi Indah..

Psst.. Suami Suami

~untuk bakal suami pun boleh ni.. dan bagi isteri isteri- mesti seronok kalau dapat yang last sekali tu kan..
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
5. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
6. Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
7. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
8. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.
9. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
10. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
11. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
12. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai.
14. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
15.Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
16. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
17. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
18. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
19. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai
20. Lebihkan isteri dari anak-anak.
21. Belikan hadiah-hadiah kecil dari masa ke masa -- minyak wangi, jamu atau seumpamanya.

Merah dan Sakit Kepala?

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal

~Ada sesiapa pernah try?..
source:1001rahsia

CMG oh CMG


sangat kagum dengan blogger masakan yang terkenal dengan mangkuk tingkat kaler birunya itu.. semalam ada tanyakan soalan kat dia.. maklumla.. tak tahu bertanya.. kalau tak sesat jalan tak jumpa hala yang dituju.. jadi di sini boleh la share petua yang disoalsiasat kat CMG.. katanya salam nur...
Lepas bakar ayam kan, bukak pintu oven kasi semua bau2 dia keluar, lepas tu letak daun pandan dalam oven tu..
ha.. terima kasih ye CMG..
banyak resepi yang bolhe digunapakai di blognya.. jom masak makan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...