Nak Souvenier best?

Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Cerita Adam & Hawa : Aaron aziz.

Macam fenomena Oppa Gangnam Style pula cerita Adam & Hawa ni kan. Bila google website nurizspace ada buat review cerita Adam & Hawa ni. Rupanya review tu sejak dari awal tahun. Dah lama rupanya. Kisah Adam & Hawa ni diadaptasi dari novel tulisan Aisya Sofea.

Baru start google google dulu. Masih belum tonton.. Masih belum baca. Bila tengok kawan-kawan cerita yang novel ni best, dan dah baca sinopsis dah pun.. menarik juga. Haruslah mendapatkan segera. Belum lagi berkesempatan menonton. Tapi dah macam pisang goreng panas diperkatakan cerita ni. Maklum sajalah heronya itu kan Aaron Aziz. Siapa yang takmau tengok?

Kalau dah terlepas cerita ni macamana nak tengok ye? Ada sesiapa boleh cadangkan link? Atau ada yang dah download kan? Siapa pula yang ada novelnya?.. nak bagi pinjam ? Dah lama juga tak baca novel ni.. 

Adam & Hawa: sinopsis. / Novel.

~ini sinopsis novel Adam& Hawa. Dari Alaf 21. Tulisan Aisya Sofea.


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Adam & Hawa.

Dah baca?
Dah tonton?

-alaf21 website-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...