Nak Souvenier best?

Showing posts with label drama tv1. Show all posts
Showing posts with label drama tv1. Show all posts

Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

~Menontonnya di kaca tv baru baru ini. 

Sinopsis Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

sumber: wikipedia

Filem ini diilhamkan daripada kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' yang merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya. Dalam pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Sepeninggalan Awang, hati tunangnya Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini. Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia. Adakah cintanya masih setia bila digoda wanita Belanda? Di kota Goa, dapatkah dia menemui citra keturunannya? Hikayat ini terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa. Saksikan kesudahan filem ini - adakah tragedi ini padah akibat adat janji yang dimungkiri atau angkara nafsu dendam yang tersimpan?

Cinta Berkalung Duri : 2 Sept 2012.

Cinta Berkalung Duri.

Cerita malam ini baru je selesai ditonton tadi. Bukanlah peminat tegar pun, maksudnya tidak la menonton pada setiap episod yang ditayangkan, tapi kerap juga la.

Kisahnya secara ringkas adalah konflik antara zul huzaimy yang menyenangi ibu tirinya siti saleha yang telah berkahwin dengan ayahnya Jalaludin Hasan. Setakat yang ditonton adalah adik si zul huzaimy tu menasihati abangnya supaya tidak lagi mengganggu ibu tirinya dengan membuat panggilan telefon misteri pada setiap malam.

Setelah itu ada insiden di perkarangan pejabat apabila pekerja lama Ayahnya terserempak mereka sekeluarga dan nyata terkejut dengan siti saleha yang disangka anak Jalaludin hasan itu. Ini membuatkan zul huzaimy lebih tertekan. 

Kemudian pada suatu hari, siti saleha itu lambat pulang ke rumah apabila beliau balik berjumpa ibunya yang sakit.Pada masa inillah si zul huzaimy meracun fikiran ayahnya supaya bersangka buruk pada ibu tirinya. Bersambung...

Sinopsis Drama:Trilogi Cinta

~Ini adalah sinopsis sebenar cerita drama Trilogi Cinta yang ditayangkan di TV1 setiap Ahad, Isnin dan Selasa jam 10 malam. Khabarnya drama ini berjaya mendapat bilangan penonton yang tinggi iaitu capai juta juta jugakla..

Rupanya cerita ni diadaptasi dari novelis yang tidak asing lagi, Sharifah Abu Salem. Memang novelnya hebat hebat ye.. Sekarang ni untuk mereka yang berbakat dalam penulisan, boleh kembangkan bakat dengan tulis cerpen atau cerita di blog.. Untung kalau ada editor yang berminat, mungkin dapat peluang terbitkan buku sendiri.. Blog adalah salah satu medium untuk mengasah bakat!

Trilogi Cinta mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh. Drama ini turut dibintangi oleh Raissudin Hamzah, Aida Khalida, Siti Fazurina, Reza Hasbi dan Nazim Othman.


JOM KLIK KLIK SINI:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...