Rupanya cerita ni diadaptasi dari novelis yang tidak asing lagi, Sharifah Abu Salem. Memang novelnya hebat hebat ye.. Sekarang ni untuk mereka yang berbakat dalam penulisan, boleh kembangkan bakat dengan tulis cerpen atau cerita di blog.. Untung kalau ada editor yang berminat, mungkin dapat peluang terbitkan buku sendiri.. Blog adalah salah satu medium untuk mengasah bakat!
Trilogi Cinta mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.
Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh. Drama ini turut dibintangi oleh Raissudin Hamzah, Aida Khalida, Siti Fazurina, Reza Hasbi dan Nazim Othman.
JOM KLIK KLIK SINI: