Nak Souvenier best?

Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Tiket Free Filem "The Good Dinasour."

Tiket Free Filem "The Good Dinasour."


Siapa siapa yang nak tengok movie ni secara free? Movie ni tak lama lagi akan ditayangkan di pawagam berdekatan anda. Bolehlah kalau nak bawa anak-anak untuk menontonnya. Pasti la anak anak akan menyukainya.

Kalau nak tonton secara free ada contest yang sedang berlangsung kat page nuffnang. Follow saja arahan yang simple kat situ. Ada rezeki boleh tengok percuma la nanti. Siapa tak nak benda free?

Konsep cerita ni adalah keluar dari zon selesa anda dan menempuhi cabaran- cabaran yang mendatang. Conquer your fear!!!

#NNPremiereScreening
#GoodDinoMY
Tayangan primier movie The Good Dinasour ni akan berlangsung pada 25 November 2015 di GSC 1 utama, pukul 9.15 malam.

dipetik dari page nuffnang: (ada 28 pas percuma... cepat sebelum terlambat)

Here’s how you win these passes:
  1. Download Dayre from App Store (Apple) or Google Play Store (Android) and sign up for an account.
  2. Follow @nuffnangmy on Dayre.
  3. Answer the question below:

“ What is that one fear that you want to conquer in your life?”

 (in not more than 50 words)
  1. Publish your answer on your Dayre. Don’t forget to tag us @nuffnangmy, thank Walt Disney Studios followed by the hashtag #NNPremiereScreening and #GoodDinoMY.
  2. Remember to include your Dayre contest entry URL in the comment section below.
Contest closes on 18th November, 2015, 12PM.


Untuk Tiga Hari: Sinopsis.

~Ada ke orang yang kahwin 3 hari je?..

Untuk Tiga Hari mengisahkan mengenai hubungan cinta Zafrin dan Ujie yang berada didalam persimpangan dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.
Zafrin mengahwini Juwita dan Ujie berkahwin dengan Armi seorang lelaki kaya yang romantik.
Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin.
Selain Afdlin yang turut berlakon dalam filem ini, barisan pelakon lain ialah Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Zizan Nin, Zizan Razak, Dira Abu Zahar dan Ainul Aishah.



Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

~Menontonnya di kaca tv baru baru ini. 

Sinopsis Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

sumber: wikipedia

Filem ini diilhamkan daripada kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' yang merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya. Dalam pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Sepeninggalan Awang, hati tunangnya Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini. Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia. Adakah cintanya masih setia bila digoda wanita Belanda? Di kota Goa, dapatkah dia menemui citra keturunannya? Hikayat ini terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa. Saksikan kesudahan filem ini - adakah tragedi ini padah akibat adat janji yang dimungkiri atau angkara nafsu dendam yang tersimpan?

Asal usul TUAN TANAH KEDAUNG .


~Dari Filim Laxmana Do Re Mi ni la asal usulnya frasa TUAN TANAH KEDAUNG ye..
Tak pernah jemu menontonnya.. What say u?

Filem ini berkisahkan cereka fantasi tentang tiga orang lelaki yang tiada kerja dan ingin mencari kerja untuk menampung hidup. Setelah dihalau dari rumah (yang didirikan secara haram di atas pokok), mereka merantau dan menyelamatkan Puteri Bunian iaitu Puteri Buluh Betung. Puteri tersebut mengurniakan tiga ganjaran untuk mereka kerana menyelamatkannya. Do mendapat tikar terbang yang akan membawa mereka ke mana sahaja yang dikehendaki. Re pula mendapat teropong sakti yang mampu melihat mana-mana tempat, mana-mana peristiwa yang berlaku pada bila-bila masa di seluruh dunia. Mi pula mendapat bangsi (atau harmonika) hikmat yang akan mendapatkan benda yang diingini setelah berniat dan meniupnya.
Mereka bertiga menuju ke negara Pasir Berdengung untuk mencari kerja sebagai pendekar. Di sana, mereka menyertai perlawanan untuk mencari pendekar. Mereka bertiga berjaya mengalahkan pendekar negara setelah memakan ubat kuat (ma'jun) lalu mereka dilantik menjadi Laksamana Negara. Mereka diminta untuk memberi bantuan kepada Negara Pasir Dua Butir yang telah diserang Raja Fasola. Pengembaraan mereka berterusan untuk mencari Puteri negara itu dan mengalahkan Raja Fasola dengan alatan yang mereka ada.

Kenapa Dengan 'The Girl with The Dragon Tattoo "

~TAPIS JANGAN TAK TAPIS..
FILEM TEMPATAN PUN MASIH BANYAK KENA TAPIS..

Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185 juta (RM565 juta) di seluruh dunia.

"Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya," kata CBFC dalam satu kenyataannya.

Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight Club dan The Social Network.

Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.
Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. - AFP

FILEM SAYANG ANAKKU SAYANG.

~IM ADA CADANGKAN TAJUK FILEM.
TADI SEARCH KAT GOOGLE..
MAKA DAPATLE SINOPSIS FILEM SAYANG ANAKKU SAYANG NI..
THANKS IM..

Sinopsis:
Filem Sayang Anakku Sayang mengisahkan sepasang suami isteri yang tinggal di kawasan perkampungan dan mempunyai lima orang anak. Kehidupan mereka agak perit kerana ingin menyara keluarga dengan pendapatan yang tidak seberapa. Mereka tinggal berjiran dengan sebuah keluarga yang amat prihatin dan mencuba sedaya upaya membantu mereka.
Kematian kedua ibu bapa lima beradik itu telah membawa mereka tinggal bersama jirannya. Beban itu tidak terbawa oleh jirannya itu lalu bersetuju ingin memberi anak-anak itu kepada keluarga angkat tapi mereka berjaya melarikan diri masing-masing dari keluarga tersebut. Di kuala Lumpur mereka lima beradik telah diambil oleh jabatan kebajikan.
Filem Sayang Anakku Sayang diarahkan oleh Dato’ Haji Jamil Sulong.

LINK: http://retroevergreen.com/filem/filem-melayu/sayang-anakku-sayang-1976
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...