Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
( korus )Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
Showing posts with label blog ;filem Tan Sri P Ramlee. Show all posts

Asal usul TUAN TANAH KEDAUNG .
~Dari Filim Laxmana Do Re Mi ni la asal usulnya frasa TUAN TANAH KEDAUNG ye..
Tak pernah jemu menontonnya.. What say u?
Filem ini berkisahkan cereka fantasi tentang tiga orang lelaki yang tiada kerja dan ingin mencari kerja untuk menampung hidup. Setelah dihalau dari rumah (yang didirikan secara haram di atas pokok), mereka merantau dan menyelamatkan Puteri Bunian iaitu Puteri Buluh Betung. Puteri tersebut mengurniakan tiga ganjaran untuk mereka kerana menyelamatkannya. Do mendapat tikar terbang yang akan membawa mereka ke mana sahaja yang dikehendaki. Re pula mendapat teropong sakti yang mampu melihat mana-mana tempat, mana-mana peristiwa yang berlaku pada bila-bila masa di seluruh dunia. Mi pula mendapat bangsi (atau harmonika) hikmat yang akan mendapatkan benda yang diingini setelah berniat dan meniupnya.
Mereka bertiga menuju ke negara Pasir Berdengung untuk mencari kerja sebagai pendekar. Di sana, mereka menyertai perlawanan untuk mencari pendekar. Mereka bertiga berjaya mengalahkan pendekar negara setelah memakan ubat kuat (ma'jun) lalu mereka dilantik menjadi Laksamana Negara. Mereka diminta untuk memberi bantuan kepada Negara Pasir Dua Butir yang telah diserang Raja Fasola. Pengembaraan mereka berterusan untuk mencari Puteri negara itu dan mengalahkan Raja Fasola dengan alatan yang mereka ada.
NUJUM PAK BELALANG.
Pada hari tersebut, Pak Belalang sudah bersedia dengan jawapan yang diberikan Belalang dengan yakin. Berikut merupakan penyelesaiannya:
"Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah pangkal?"
Pak Belalang mengambil sebatang kayu yang diraut cantik dan meletakkannya ke dalam air dan dilihat kayu terdapat hujung yang timbul dan yang satu lagi tenggelam. Pak Belalang mengatakan bahawa yang hujung itu timbul dan yang pangkal itu tenggelam disebabkan "tiap-tiap yang hujung lebih ringan daripada yang pangkal".
Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?
Pak Belalang membawa dua ekor anak itik jantan dan betina yang baru menetas dan dibiarkan kedua-duanya berenang di permukaan air. Didapati seekor itik berenang di hadapan dan seekor lagi mengikut di belakang. Pak Belalang mengatakan yang di hadapan itik betina dan yang di belakang itulah itik jantan. Alasan yang diberikan adalah "lumrah dunia" kerana si jantan akan mengekori yang betina.
Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak-banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?
Pak Belalang menjawab "kahwin" kerana "Satu, banyak, ertinya, orang yang kahwin satu, banyak di dalam dunia ini. Dua, sikit-sikit, ertinya, orang yang kahwin dua lebih sikit bilangannya dari orang yang kahwin satu. Tiga, jarang-jarang, ertinya, orang yang kahwin tiga 'jarang yang kita dengar. Empat, kadang-kadang, ertinya, orang yang kahwin empat kadang-kadang baru kita dengar sekali.
Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?
Pak Belalang menjawab "kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukan terletak di keris atau di tenaganya tetapi terletak pada huruf Ta kerana huruf Ta yang menguatkan Tuah, Ta - Wau - Alif - Ha : Tuah, ﺗﻮﺍﻩ." Jika ditukar Ta itu kepada Ba, bunyinya akan jadi 'Buah'.

"Lobang HidungMu Tetap Menjadi Pojaan Hatiku."
Masa blogwalking sambil menjoining segmen dan contest(sikit je pun).. Tertarikla dengan satu tajuk entry ni.. Kisah perbezaan lubang hidung kanan dan kiri.. Masa baca tajuk tu nak tergelak jugakle sebab takkanle ada perbezaan kan..Tapi hati meronta nak juga cuba baca...
Lalu merajinkan diri melawat ke blog itu..Baca punye baca, rupenye mamang ada perbezaan nye ye.. memang tak pernah tau ada kaitan, kanan haba kiri sejuk ke apa ke.. Perempuan lebih bernafas gune hidung kiri la.. Ada petua untuk hilangkan sakit kepala juga guna hidung ni..
Kalau berminat nak tahu lebih.. Jemputle ke blog anamizu.. Perbezaan di antara lubang hidung kanan dan kiri..
Tajuk tu?.. Rasanya tagline yang sentiasa evergreen kalau bab bab hidung ni kan?.. Kalau sesiapa tak tahu tagline tu mungkin belum pernah menonton filem filem Tan Sri P Ramlee.. Erk.. Ada ke yang tak pernah menonton filem P Ramlee ni?.. Ce angkat tangan..

Subscribe to:
Posts (Atom)