Nak Souvenier best?

Showing posts with label sinopsis. Show all posts
Showing posts with label sinopsis. Show all posts

Untuk Tiga Hari: Sinopsis.

~Ada ke orang yang kahwin 3 hari je?..

Untuk Tiga Hari mengisahkan mengenai hubungan cinta Zafrin dan Ujie yang berada didalam persimpangan dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.
Zafrin mengahwini Juwita dan Ujie berkahwin dengan Armi seorang lelaki kaya yang romantik.
Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin.
Selain Afdlin yang turut berlakon dalam filem ini, barisan pelakon lain ialah Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Zizan Nin, Zizan Razak, Dira Abu Zahar dan Ainul Aishah.



FILEM SAYANG ANAKKU SAYANG.

~IM ADA CADANGKAN TAJUK FILEM.
TADI SEARCH KAT GOOGLE..
MAKA DAPATLE SINOPSIS FILEM SAYANG ANAKKU SAYANG NI..
THANKS IM..

Sinopsis:
Filem Sayang Anakku Sayang mengisahkan sepasang suami isteri yang tinggal di kawasan perkampungan dan mempunyai lima orang anak. Kehidupan mereka agak perit kerana ingin menyara keluarga dengan pendapatan yang tidak seberapa. Mereka tinggal berjiran dengan sebuah keluarga yang amat prihatin dan mencuba sedaya upaya membantu mereka.
Kematian kedua ibu bapa lima beradik itu telah membawa mereka tinggal bersama jirannya. Beban itu tidak terbawa oleh jirannya itu lalu bersetuju ingin memberi anak-anak itu kepada keluarga angkat tapi mereka berjaya melarikan diri masing-masing dari keluarga tersebut. Di kuala Lumpur mereka lima beradik telah diambil oleh jabatan kebajikan.
Filem Sayang Anakku Sayang diarahkan oleh Dato’ Haji Jamil Sulong.

LINK: http://retroevergreen.com/filem/filem-melayu/sayang-anakku-sayang-1976
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...