Nak Souvenier best?

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Shila Amzah : Asian Wave.

Shila Amzah : Asian Wave.


Apa yang kecoh sangat dengan Shila Amzah : Asian Wave ni? Buat yang belum tahu, baru-baru ini Shila Amzah telah berjaya menjadi Juara dalam pertandingan nyanyian Asian Wave. Apa yang menariknya sampai meletup-letup nama Shila Amzah ni terutama kat Youtube? 

Sebenarnya nyanyian Shila Amzah tu istimewa sebab beliau berjaya dalam menyampaikan lagu dalam bahasa Cina. Bila menonton Youtube nyanyian Shila Amzah ni, memang nampaknya dia menyanyi dengan bersungguh sungguh dan penuh feel. Walaupun tak faham apa yang dinyanyikan tu, tapi memang rasa best la lagu tu.

Masa dia nyanyi pun para juri terpegun dengan keenakan suara Shila Amzah ni. Jadi dia la yang terpilih menjadi pemenang dan berjaya menewaskan dua lagi pencabarnya dari China. Dan pertandingan tu diadakan di china, penonton nya menyokong Shila Amzah sepenuhnya. kalau nak tahu,kawan-kawan bolehla tonton video Shila Amzah : Asian Wave tu kat Youtube.

Bukan Hanya di Malaysia..

~Kat Hollywood juga ada kes sebaran kematian palsu.. Kali ni Morgan Freeman tu pulak kena.. haih.. Takde keje ek.. Suka lakonan dia ni..


LOS ANGELES - Aktor terkenal Hollywood, Morgan Freeman sekali lagi menjadi mangsa di internet minggu ini apabila khabar angin mengenai kematiannya tersebar di laman sosial Facebook, lapor portal hiburan TheWrap.com kelmarin.
Ia tersebar melalui sebuah akaun Facebook yang kemudian disukai oleh lebih 842,000 individu.
Agensi berita Reuters kelmarin melaporkan laman sosial berkenaan mendakwa Freeman meninggal dunia selepas mengalami masalah arteri.
"Sekitar pukul 5 petang waktu tempatan pada Khamis, aktor kesayangan kita Morgan Freeman meninggal dunia akibat saluran arteri pecah," tulis akaun Facebook berkenaan.
Bagaimanapun, jurucakapnya ketika memberitahu TheWrap.com menafikan berita tersebut selain mengesahkan Freeman masih hidup dan berada dalam keadaan sihat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...