Nak Souvenier best?

Showing posts with label EXAM. Show all posts
Showing posts with label EXAM. Show all posts

Bangun awal nak study?

Bangun awal nak study?


Baguihle kalau bangun awal nak study.. Jangan nak asek update blog saja!! eh eh.. terasa ke?.. Ketuk kepala sendiri. Oke la.. satu entry je.. Pasni sambung study la.. Exam is around the corner!.. (ditujukan buat orang lain) bukan diri sendiri.

Bagus study awal awal pagi ni. Ilmu mudah nak diserap.. Suasana pun sunyi aje.. Kurang gangguan persekitaran. Tapi kalau study depan laptop, muzik berkumandang, facebook terbentang, kat phone tengah timeline Twitter.. alamatnya misi terbengkalai..

Tipsnya.. jauhkan dari anasir nasir gangguan itu.. (boleh ke?..) Harini tak boleh la.. esok plak oke.

Nervous? PMR 9 OKTOBER ini..

Nervous? PMR 9 OKTOBER ini..

~Dah start berdebar debar.. PMR dah nak dekat ye?.. Persediaan?.. oohh.. belum bersedia.. Jarangle nak jumpa kenyataan: " yeay saya dah ready nak PMR "

Selamat berjaya untuk calon PMR ye..

kosmo: KUALA LUMPUR - Seramai 481,424 calon di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 9 Oktober ini.
Menurut Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran, sebanyak 3,560 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 33,898 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Penjelasan murid tak dibenar duduki UPSR

Penjelasan murid tak dibenar duduki UPSR


Semalam nur ada post kan tentang cerita budak tak dibenar duduki UPSR: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2012/09/takut-prestasi-sekolah-jatuh-ke.html. Skeptikal juga la masa tu. Namun bila dah baca komen beliau kat bawah ni nur rasa sesuatu harus dilakukan supaya perkara macam ni dapat diatasi. Kesian kat pihak sekolah dan kesian juga pada budak tu. Macamana nak buat?



Sufia Mahzan said...

Murid sekolah rendah tak boleh dibuang sekolah :)


Inilah dilema pihak sekolah kerana walaupun murid tu dah berbulan-bulan tak datang, hari dia datang kalau ada exam, dia boleh juga sit for exam(kalau dah register). 

Kesian juga untuk cikgu dan sekolah kerana sikap murid dan ibu bapa yang macam ni. Janganlah terus salahkan pihak sekolah dan kredibiliti guru besar :)

Tak Dibenar ambil UPSR?


~Rasanya tahun lepas dah ada isu budak tak dibenar ambil UPSR.. Tahun ni masih berlaku? Macamana tu?..
RAWANG - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.
Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.
Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.
Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.
"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.
"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.
Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya.
Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas.
Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut.

UPSR 2012.

Pejam celik pejam celik dah nak exam dah kan. Exam apa tu? exam UPSR la.. Siapa kat sini yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bermula esok? UPSR 2012 ni dijadualkan 11-13 September 2012. Jadi apakah persediaan terakhir tatkala nak exam ni?

Biasanya.. tak kira la exam UPSR ke PMR ke SPM ke.. kalau dah saat saat akhir ni biasanaya ramai yang pulun study lagi kan?.. Rasa macam apa yang dah study sebelum ni serba tak ingat.. serba tak kena duduknya.. Debaran tu tak payah cakapla.. Stress woo..

Tapi, seharusnya kita beretenang. Saat saat ni panjatkan doa banyak banyak supaya dapat jawab semua soalan. Kalau dah study betul betul, Insya Allah selebihnya pertolongan dari Tuhan. 

Apapun untuk calon UPSR 2012, SELAMAT BERJAYA, GOOD LUCK , JIA YOU!!

Dan yang paling penting untuk ibu bapa mereka: DOA KAN YANG TERBAIK BUAT ANAKANDA!

Terutama untuk CIKGU CIKGU: HALALKAN ILMU yang telah dicurahkan...

~petang petang ni jom pekena coffee plak.. (sori bagi yang puasa: selamat puasa)

UPSR 2011.

UPSR 2011.

Esok akan bermula.
Selamat Berjaya buat semua yang calon UPSR 2011 ini..
Terutama ucapan buat ibu bapa yang anaknya bakal menduduki UPSR 2011 esok ye.
Panjatkan doa atas segala usaha yang dikerjakan.
Supaya esok nanti akan diberi ilham masa menjawab soalan.

Dan yang penting juga ucapan buat guru guru yang bersusahpayah mendidik anak anak ini.
Restuilah dan halalkanlah segala ilmu yang telah dicurahkan buat mereka.
Jangan sesekali menyimpan dendam pada anak kecil ini..
Sesungguhnya, berkat ilmu itu yang paling penting..

TIPS SEBELUM UPSR 2011 esok..
Tidur awal supaya dapat bangun awal!!!

Selamat menempuhi Peperiksaan UPSR YE..

Keputusan PMR Dimansuh

Keputusan PMR keluar hari ni.. 23.12.2010.. Ada ke kawan kawan di sini yang ambil exam PMR? atau adik beradik ke ada yang ambil exam PMR.. Atau cikgu cikgu yang mengajar budak budak PMR.. atau Ibu Bapa yang anaknya akan terima keputusan hari ni?

Agak agak la kan.. Siapa la yang paling berdebar debar?.. Ibu Bapa atau calon itu sendiri.. Apapun, keputusan harus diterima.. Usaha gigih telah dilaksana.. Saat terakhir ni.. Tawakkal padaNYA.. Semoga keputusan itu adalah terbaik untuk diri kita..

Dan memang PMR akan dimansuh pada 2012 kan?.. Jadi macamana agaknya sistem pembelajaran nanti.. Sama sama tunggu.. Atau ada cikgu yang boleh tolong explain...

PMR dimansuhkan...

betul ke dimansuhkan?
tidak..
ura2 exam upsr dan pmr akan diperbaiki
di jadualkan pada tahun 2016..

kebetulan sekarang ni musim pmr kan..
wishing u all (yg ambil pmr) termasuk cikgu cikginya..
all the best...

penting sangatke exam2 ni?
buat kecut perut je..

anda nilailah sendiri..

UpSR 2010

wah.. dah habis exam ye adik2 kita yang darjah 6 tu
kira dah merdeka la kan
mesti seronok..

apa pun semoga semua yang terbuku dalam minda semua dah boleh dikeluarkan
masa menjawab pepriksaan tu..
dan selamat berjaya dan good luck
Tapi, keputusan belum lagi kan?..
jadi sekarang la masa untuk berdoa agar semua yang dijawab tu betul..
dan akhirnya nanti dapat keputusan yang gemilang gitu..

aktiviti apa yang nak diisi lepas exam ni?..
biasanya cikgu2 dah aturkan jadual untuk budak2 ni kan.. betul x cikgu..

dan tahun depan akan melangkah ke alam yang baru..
lebih banyak cabaran menanti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...