Nak Souvenier best?

Showing posts with label result. Show all posts
Showing posts with label result. Show all posts

Nervous? PMR 9 OKTOBER ini..

Nervous? PMR 9 OKTOBER ini..

~Dah start berdebar debar.. PMR dah nak dekat ye?.. Persediaan?.. oohh.. belum bersedia.. Jarangle nak jumpa kenyataan: " yeay saya dah ready nak PMR "

Selamat berjaya untuk calon PMR ye..

kosmo: KUALA LUMPUR - Seramai 481,424 calon di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 9 Oktober ini.
Menurut Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran, sebanyak 3,560 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 33,898 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Penjelasan murid tak dibenar duduki UPSR

Penjelasan murid tak dibenar duduki UPSR


Semalam nur ada post kan tentang cerita budak tak dibenar duduki UPSR: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2012/09/takut-prestasi-sekolah-jatuh-ke.html. Skeptikal juga la masa tu. Namun bila dah baca komen beliau kat bawah ni nur rasa sesuatu harus dilakukan supaya perkara macam ni dapat diatasi. Kesian kat pihak sekolah dan kesian juga pada budak tu. Macamana nak buat?



Sufia Mahzan said...

Murid sekolah rendah tak boleh dibuang sekolah :)


Inilah dilema pihak sekolah kerana walaupun murid tu dah berbulan-bulan tak datang, hari dia datang kalau ada exam, dia boleh juga sit for exam(kalau dah register). 

Kesian juga untuk cikgu dan sekolah kerana sikap murid dan ibu bapa yang macam ni. Janganlah terus salahkan pihak sekolah dan kredibiliti guru besar :)

Tak Dibenar ambil UPSR?


~Rasanya tahun lepas dah ada isu budak tak dibenar ambil UPSR.. Tahun ni masih berlaku? Macamana tu?..
RAWANG - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.
Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.
Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.
Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.
"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.
"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.
Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya.
Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas.
Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut.

UPSR 2012.

Pejam celik pejam celik dah nak exam dah kan. Exam apa tu? exam UPSR la.. Siapa kat sini yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bermula esok? UPSR 2012 ni dijadualkan 11-13 September 2012. Jadi apakah persediaan terakhir tatkala nak exam ni?

Biasanya.. tak kira la exam UPSR ke PMR ke SPM ke.. kalau dah saat saat akhir ni biasanaya ramai yang pulun study lagi kan?.. Rasa macam apa yang dah study sebelum ni serba tak ingat.. serba tak kena duduknya.. Debaran tu tak payah cakapla.. Stress woo..

Tapi, seharusnya kita beretenang. Saat saat ni panjatkan doa banyak banyak supaya dapat jawab semua soalan. Kalau dah study betul betul, Insya Allah selebihnya pertolongan dari Tuhan. 

Apapun untuk calon UPSR 2012, SELAMAT BERJAYA, GOOD LUCK , JIA YOU!!

Dan yang paling penting untuk ibu bapa mereka: DOA KAN YANG TERBAIK BUAT ANAKANDA!

Terutama untuk CIKGU CIKGU: HALALKAN ILMU yang telah dicurahkan...

~petang petang ni jom pekena coffee plak.. (sori bagi yang puasa: selamat puasa)

KEPUTUSAN: PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) SESI JUN 2011.

KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI PROGRAM BERIKUT:

  • Program Diploma bagi Lulusan SPM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi KPM

  • Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik bagi pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) 

  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal bagi Lulusan Diploma Politeknik 

  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik bagi Lulusan Diploma Politeknik 


ADALAH PADA:  22 Mei 2011 (Ahad) mulai 2.00 petang

MANAKALA UNTUK PROGRAM YANG BERIKUT PULA: 

  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik(Perubatan)(AEU) bagi Lulusan Diploma Politeknik 

  • Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automatif(AAD) bagi Lulusan Diploma Politeknik 
ADALAH PADA: 30 Mei 2011 (Isnin) mulai 2.00 petang.

~Nak berkongsi informasi yang tersebut untuk kawan-kawan semua. Kot-kot la ada yang tengah mencari kan. Semoga keputusan berpihak pada anda.. Ala-ala pertandingan pula. Tapi betul apa.. Hidup adalah suatu pertandingan.. siapa yang tabah dan rajin berusaha pasti berjaya dalam hidupnya. Bukankah begitu?..

Sangat kagum dengan mereka yang bersemangat untuk sentiasa belajar perkara baru terutama yang diminati bidangnya. Usaha mereka ini memang patut diberi pujian. Kalaupun tidak hebat dalam akademik, masih ada banyak cabang untuk memajukan diri.. Hidup ini luas.. Hidup ini indah.. lihatlah ia dari sudut yang positif..

www.politeknik.edu.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...