Nak Souvenier best?

Showing posts with label result SPM. Show all posts
Showing posts with label result SPM. Show all posts

Tawaran Temu Duga mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi Pelajar Cemerlang SPM 2012

UNTUNG BUDAK BUDAK CEMERLANG YE..
BANYAK TAWARAN MENCURAH-CURAH..
BERBALOI=BALOI LA USAHA SELAMA INI KAN..

Tawaran Temu Duga mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi Pelajar Cemerlang SPM 2012

Calon cemerlang SPM 2012 yang memperoleh 9A ke atas dan berminat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2013 adalah dipelawa untuk menghadiri temu duga. Sila layari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my  mulai 3 April 2013 sehingga 7 April 2013 untuk pengesahan kehadiran.

KEPUTUSAN: PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) SESI JUN 2011.

KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI PROGRAM BERIKUT:

  • Program Diploma bagi Lulusan SPM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi KPM

  • Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik bagi pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) 

  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal bagi Lulusan Diploma Politeknik 

  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik bagi Lulusan Diploma Politeknik 


ADALAH PADA:  22 Mei 2011 (Ahad) mulai 2.00 petang

MANAKALA UNTUK PROGRAM YANG BERIKUT PULA: 

  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik(Perubatan)(AEU) bagi Lulusan Diploma Politeknik 

  • Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automatif(AAD) bagi Lulusan Diploma Politeknik 
ADALAH PADA: 30 Mei 2011 (Isnin) mulai 2.00 petang.

~Nak berkongsi informasi yang tersebut untuk kawan-kawan semua. Kot-kot la ada yang tengah mencari kan. Semoga keputusan berpihak pada anda.. Ala-ala pertandingan pula. Tapi betul apa.. Hidup adalah suatu pertandingan.. siapa yang tabah dan rajin berusaha pasti berjaya dalam hidupnya. Bukankah begitu?..

Sangat kagum dengan mereka yang bersemangat untuk sentiasa belajar perkara baru terutama yang diminati bidangnya. Usaha mereka ini memang patut diberi pujian. Kalaupun tidak hebat dalam akademik, masih ada banyak cabang untuk memajukan diri.. Hidup ini luas.. Hidup ini indah.. lihatlah ia dari sudut yang positif..

www.politeknik.edu.my


Status IPTA 2011/2012.

Tahniah bagi yang berjaya!!!..

Macamana nak cek?..
Secara ringkasnya:

  • menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.
  • melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my
  • menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.



Kemudian, apa perlu buat?

  • mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan.
  • calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.
  • mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar ke Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA),
  • calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi .
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.
  • Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Semak Status Permohonan Ke IPTA. Pelajar Lepasan SPM.

CARA- CARANYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/05/semak-status-permohonan-ke-ipta.html

Tapi bukan sekarang.. Nantikan pada jam 12 tengahari nanti.. Pasti 'jammed' line saat itu.
Tapi kalau nak cuba dulu, mana tahu kot-kot ada rezeki, cubala klik 'link' ni..

Semua ni maklumat dari Kosmo. Seraya membaca, terus ingin berkongsi, manalah tahu ada yang tak tahu atau terlepas pandang...

Semak Status Permohonan Ke IPTA.

~Semoga kawan-kawan semua berjaya ke Menara Gading!


KUALA LUMPUR - Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf Sesi Akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari -6 Mei).
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.
Menurutnya calon-calon juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.
Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan “dasar tawaran terbuka”, yang akan membolehkan ramai calon cemerlang SPM 2010 menerima lebih daripada satu tawaran.
"Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan.
Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain, mereka dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad,” katanya.
Kementerian itu turut menggalakkan mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar ke Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seperti Diploma di Politeknik, sijil-sijil di Kolej Komuniti dan ILKA lain, bagi mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang juga menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan SPM.
Menurutnya hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan, melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.
Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.
Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal. - Bernama

11555 FOLLOWERS..

Nombor cantik tu.. Macam best aja nengok followers yang saban hari saban bertambah.. Lagi menaikkan semangat. Walau ada yang datang dan pergi, singgah kadangkala, tapi tetap menjadi satu tanda kat situ kan. Sekali pulak ada 70 sedang online.. memang meriah. bayangkan kalau depan mata.. tak ke ramai jumlah 70 tu kan.

NOMBOR.
Ada apa pada nombor?. Signifikan ke?.. Sudah tentu. Nombor ni kita guna setiap hari.. Cuba kalau takde nombor.. Macamana nak hidup ye?.. Janggal pula la kan.

Kegunaan nombor ni memangla banyak ye... Tengok saja kisah Numbers kat TV tu.. Siap boleh guna dalam penyiasatan lagi. Kira macam matapelajaran Matematikla kan.. Oh ye, kawan-kawan punye result Matematik macam mana ye dalam SPM ni?.. Ok la kan.. (Tak sabar nak g baca entry CikguDahlia tentang subjek AddMaths nye nanti).

Kalau nombor untuk plate kenderaan juga memainkan peranan.. Selain peranan dalam saman menyaman ekor(ok dah kuar tajuk)..Nombor plate yang cantik dah tentu menjadi rebutan. Sanggup berhabis duit kerana nak dapatkan nombor yang best..

Kalau dalam kelas tu sanggup berusaha untuk dapatkan nombor yang bagus.. itulah YANG PALING BAIK. Cikgu-cikgu dan mak ayah pasti suka!

*by the time kawan-kawan baca ni, followers dah bertambah oke.

KEPUTUSAN SPM 2010.

Dah ambil result masing-masing ke?.. Macam mana?.. Ada yang nak berkongsi di sini?. Apa pun keputusan, terima dengan hati yang terbuka. dah buat sehabis baik kan?.. Itula penat lelah yang telah dicurahkan selama ni.. jatuh bangun menghadapi pelajaran untuk menghadapi SPM.. kini sudah terjawab.

Macam-mana anda semua semak keputusan SPM tu?.. Melalui SMS atau hadir sendiri. Sudah tentu ramai yang mendapatkannya di sekolah masing-masing. Kata orang, tak bestla cek melalui SMS sebab macam tak nampak depan mata. Kalau dapat slip keputusan tu baru la real kan?..

Selain tu, kalau ambil keputusan SPM di sekolah, sudah tentu dapat jumpa kawan-kawan. Dah lama tak jumpa mereka. Pasti ada yang berubah. Mungkin dari segi penampilan.. Dan kematangan(erk.. ada ke?).. Ye la kan.. lepas ni nak bergelar pelajar Universiti pula.. DAH ISI BORANG UPU?

Bagi yang mendapat keputusan tak seperti yang diidamkan (terutama sekali ibu bapa), ini bukanlah penghujung jalan. Selepas SPM, masih ada matrikulasi dan STPM. Jadi, masih luas pilihan dan banyak lagi usaha. Cuma selepas ini adalah 100% atas usaha sendiri. Bukan lagi menunggu suapan. Bagi yang nak berjaya, harus berusaha. GOOD LUCK BUAT SEMUA.

RESULT SPM 2010 ; 23 MAC 2011. / Peringatan. / SMS

Perasaan pasti berdebar-debar tika nak tunggu keputusan SPM bagi calon-calon SPM 2010 ni kan. Ada ke yang tak berdebar? Macam mana cara nak atasi perasaan berdebar-debar tu ye?.. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan.. hehe..

  • Blogwalking- baca la entry-entry santai.. Kalau terjumpa entry tentang SPM n taknak baca, terus kan aja pangkahnye..
  • Facebook- Pastile ramai yang update kat FB ye.. Luahkan juge perasaan berdebar-debar itu ye.. Semoga berkurang la..
  • Baca buku cerita- Sapa-sapa yang minat membaca tu, boleh kurangkan perasaan dengan baca buku cerita yang syok-syok ye..
  • Selain tu.. langkah lain yang paling baik adalah BERDOA.
~Ada yang nak cek melalui SMS dulu ye tak?.. Kalau result oke then baru nak g ambik kat skool ye?.. caranya?..

taip SPM SEMAK NO IC NO GILIRAN
hantar ke 15888.

-credit cikguDahlia (http://www.cikgudahlia.com/)

Nanti masa nak g ambil results SPM 2010 ni kena la beringat-ingat ye.. Terutama bagi yang pergi sendiri.. Maksudnya naik motosikal sendiri atau drive kereta sendiri. Supaya berhati-hati.

Kalau dah dapat result nanti, jangan lupa berterimakasih pada yang paling banyak berbakti kepada kita: GURU. Tanpa ilmu curahan mereka.. tak dapatla kita keputusan yang diidamkan tu.

Dan walau apa pun keputusannya.. itu adalah keputusan dariNYA jua.. Syukurla kepada NYA..

~SELAMAT TIDUR.. TIDUR DENGAN TENANG. (awalnye tido..)

KEPUTUSAN SPM 2010.

Kepada semua calon SPM 2010.. Adakah anda semua sudah bersedia?.. Bersedia untuk menerima keputusan SPM 2010 pada 23 MAC ini?.. Apakah perasaan anda tika dan saat ini?..

Dah buat yang terbaik?.. Dan mengharapkan yang terbaik. SPM adalah sijil asas yang menentukan mana hala tuju selepas ini kan?..


Good news to all all Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 candidates, your examination results will be out soon on March 23 2011. This has been confirmed by the Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud in the interview with News Straits Times.

How To check SPM Result ?

For those who are not sure how and when to check the SPM 2010 result. The best way to do is to get it at your own school. This is where you can meet your friends and to share your result.

~Pesanan dari petikan kat atas tu adalah untuk g ambil result SPM 2010 kat sekolah masing-masing kan?.. Sebab boleh jumpa kawan-kawan. Boleh buat reunion balik setelah berapa lama tak jumpa.. Dan boleh tayang LESEN KERETA?.. Hehe..

Good Luck!!
Dipetik dari Msiakini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...