BERAMAS MESRA.
AMY SEARCH PENGETUA AF9.
Akhirnya terbongkar sudah rahsia selama ni. Punya la kontroversi nak mendapatkan PENGETUA AF yang baru. Dengan haritu nama AHMAD DHANI naik juga. Ramai yang tak setuju. Dan akhirnya inilah PENGETUA AF9 iaitu; AMY SEARCH.
ASAL Johor
LAHIR 28 Julai 1958
KERJAYA Penyanyi kumpulan Titanic & Search, Penyanyi solo & Pelakon filem
KELUARGA Mempunyai dua orang adik beradik; Berkahwin (Faridah, 1983-1985; Noorliza Abdul Latiff, 1990-1994; Roslisa Ahmad, 1995-?; Norish, ?), dan dikurniakan cahaya mata (Nabila Huda, 1984; Irisha Myra, 1997; Alexander Zulkarnain, 2004; Sania Samara, ?) KREDIT:MUSICROCK.COM
Mudahnya sederhana kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa duka
Waktu berpesta pawana pun melanda
Meresap fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah jadi hamba
Berpecah antara mereka
Musnah di hembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan
Cinta musnah dihembus pawana
Keinginan menghancur manusia
AKADEMI FANTASIA / Jadual Konsert (tick dalam kalender ye).
Mereka ditempatkan di dalam akademi tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar. Sepanjang tempoh ini, mereka akan belajar pelbagai kemahiran bagi menyiapkan diri menjadi penghibur yang versatile termasuk kemahiran vokal, lakonan dan drama.
Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang berasal dari Mexico. Memulakan musim yang pertama pada tahun 2003 dan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.
Setelah lapan musim, sistem penjurian seratus peratus menerusi undian SMS penonton masih diteruskan untuk musim yang kesembilan ini. Elemen kejutan dan drama adalah segala-galanya dalam program paling popular di Astro Ria (Saluran 104) ini.
Susulan Ahmad Dhani pengetua AF9,
Ramli MS lebih terbuka
Sedikit berbeza bagi pandangan pemuzik terkenal Datuk Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS, masyarakat perlu memberi peluang kepada Dhani untuk melihat sejauh mana kehebatannya menjadi pengetua dan mengajar pelajar-pelajar AF, mengenali industri seni tempatan.
Usah perlu merungut, bekas pengetua AF2 dan AF6 itu meminta agar masyarakat menganggap Dhani sebagai produk import yang dibawa ke pasaran tempatan, seperti produk-produk import lain yang dibawa masuk ke negara ini.
Kemudian, lihat saja hasil yang mampu diberikan oleh produk import tersebut (Dhani) , adakah dia mampu memberi satu kelainan pada AF9 yang terakhir itu.
“Secara realistiknya, yang menjadi tukang bayar bukannya orang luar, tetapi Astro. Jika keputusan yang dibuat ada kesan positif, maka positiflah program itu dan jika negatif, maka ia negatiflah.
“Kita tidak boleh menilai sama ada seseorang itu layak atau tidak. Jika Astro mengambil orang luar seperti pemuzik hebat AR Rahman sekalipun, masihkah ada rungutan daripada pihak luar?
“Cuba luaskan pandangan dan jangan anggap dia sebagai Dhani, tetapi seorang pengetua import yang bakal membawa perubahan dalam AF tersebut.
“Kalau dah kata import, selalunya produknya semestinya bagus bukan? Justeru itu, pelajar-pelajarnya nanti juga mendapat pelajaran daripada ‘barangan import’.
“Justeru itu, jika Dhani tidak menunjukkan prestasi yang bagus, masa itulah kita baru boleh hentam. Jadi, buat masa ini, kita hanya perlu sabar, tunggu dan lihat,” katanya.
Bagi Ramli, keberanian Astro membawa perubahan dalam industri tidak salah, asalkan ia memerlukan sikap keterbukaan minda dan asas ilmu muzik agar ia tidak terpesong daripada landasannya.
Bagaimanapun, cabaran menjadi seorang pengetua bukannya mudah kerana ia langsung tidak sama seperti seorang komposer yang duduk dalam studio dengan menerbitkan album.
Sebab itu kata Ramli, sukar untuk mengagak kebolehan seseorang pemuzik untuk menjadi pengajar kerana ia merupakan situasi yang sangat berbeza.
“Kita tidak tahu sama ada dia (Dhani) boleh mengubah industri muzik tempatan atau tidak. Dia memang seorang komposer yang hebat, tetapi perlu diingat, menjadi seorang pengetua bukan seperti menjadi seorang penerbit album kerana ia merupakan senario yang sangat berbeza.
“Bukan sekadar ilmu muzik yang perlu diajar, tetapi dari segi budaya, adat, tatasusila dan banyak lagi perlu difahami oleh seorang pengetua.
~sumber mstar,
apa pendapat kawan kawan semua,
Tentang Suara.. AF9
~Saja men gugel macam mana suara dihasilkan.. Pastu terjumpa tentang ni.. Rasa menarik pula.. Mungkin sesiapa yang belajar kelas vokal untuk masuk audition AKADEMI FANTASIA 9 ni dah terror bab bab vocal ni ye... Untungle ye siapa dapat masuk.. dapat beajar dengan pengetua AF9.. Ahmad Dhani..
"Contohnya, bahasa Gujarati ada vokal yang berbunyi separa kendur iaitu suara mengah atau bisikan, manakala bahasa Burma ada vokal yang berbunyi separa tegang iaitu suara garau atau terlarinks. Kedua-dua pembunyian ini diperuntukkan tanda diakritik IPA khusus, iaitu masing-masing bertanda umlaut bawah dan tilde bawah. Loghat Jalapa dalam bahasa Mazatec luar biasa kerana membezakan suara mengah, garau dan modus. (Diingatkan bahawa bahasa Mazatec adalah bernada, jadi glotisnya melakukan beberapa pembezaan nada serentak dengan pembezaan pembunyian.)[8]| Bahasa Mazatec | ||
| suara mengah | [ja̤] | dia memakai |
| suara modus | [já] | pokok |
| suara garau | [ja̰] | dia membawa" |
Pengetua AF9 Ahmad Dhani/ Persenda Ayah Aznil Nawawi Pengacara AF9
Bila round kedua barula baca berita berita lain... (ada ke yang wat camni gak?..)
Dalam paper metro tu adala berita tentang bakal Pengetua AF9. Rupanya Ahmad Dhani ni tercalon ye? Taksangka pula.. Tapi nampak gayanya ada halangan la.. Kalau bukan Ahmad Dhani jadi Pengetua AF9, siapala yang bakal memegang tanggungjawab tu.. David Teo?.. Hehe.. Pasni semua bintang AF9 boleh jadi pelakon filim gitu...
AF9 bakal menyaksikan Aznil Nawawi jadi pengacara?.. Kalau betulla AF9 ni yang terakhir, rasanya memang best la kalau Aznil Nawawi mengacara.. Semua suke dia kan.. Kalau budak budak tu.. Laaagila suke , tengok aje Tom Tom Bak tu.. hehe..
Pastu masa blogwalking, banyak la juga jumpe post/ entry tentang lawak oleh Zizan tentnag ayah Aznil Nawawi ni.. Mungkin bukan niat Zizan kot.. Tapi, itula kan,, kita nak buat lawak pun kene bertempat.. Tapi harap harap Zizan lebih berhati hati la pasni.. Semoga imej bersihnya kekal bersih.. Dan dengar khabar Nabil da ada gefren baru.. Cun.. Tak caya.. tanya dini..
