Nak Souvenier best?

Showing posts with label pengetua. Show all posts
Showing posts with label pengetua. Show all posts

BERAMAS MESRA.

Dapat komen dari NORIZ: http://mamanoriz.blogspot.com/ ni tadi tentang blogger mesra, lalu dia wish untuk beramah mesra.. bukan BERAMAS MESRA. Typo oke typo.. Typo ni boleh mendatangkan syak wasangka tau.. Kalau exam, typo pun boleh bawak ke FAIL.

Macam kata-kata jugakla.. Terlajak perahu boleh diundur.

Okela.. masa jenguk2 entry NORIZ.. tertarik dengan gambar PENGETUA AF9 sedang nyanyi LAGU PAWANA. Noriz ni siap capture dari TV lagi tu.. emangnya semangat sih..
capture dr tv jer...hehe..blur lak...



AMY SEARCH PENGETUA AF9.


Akhirnya terbongkar sudah rahsia selama ni. Punya la kontroversi nak mendapatkan PENGETUA AF yang baru. Dengan haritu nama AHMAD DHANI naik juga. Ramai yang tak setuju. Dan akhirnya inilah PENGETUA AF9 iaitu; AMY SEARCH.

Sedang menonton TIRAI AKADEMI FANTASIA 9 ni. Ada yang tengah sama-sama menonton ke?.. Jom.. Siapa PILIHAN anda?.. AFUNDI la..

NAMA Suhaimi bin Abdul Rahman
ASAL Johor
LAHIR 28 Julai 1958
KERJAYA Penyanyi kumpulan Titanic & Search, Penyanyi solo & Pelakon filem
KELUARGA Mempunyai dua orang adik beradik; Berkahwin (Faridah, 1983-1985; Noorliza Abdul Latiff, 1990-1994; Roslisa Ahmad, 1995-?; Norish, ?), dan dikurniakan cahaya mata (Nabila Huda, 1984; Irisha Myra, 1997; Alexander Zulkarnain, 2004; Sania Samara, ?) KREDIT:MUSICROCK.COM

Amy Search ni memang sedap suaranya kan. Lagu yang dinyanyikan tadi pun best juga. PAWANA. Dan, lagu yang paling gempak adalah semestinya ISABELA. Sampai sekarang ni masih sedap lagu ISABELLA tu.

LIRIK LAGU PAWANA (kredit ilirik.com)
~Bermula sebuah cerita
Di zaman dulu kala
Mudahnya sederhana kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa duka
Waktu berpesta pawana pun melanda

Meresap fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah jadi hamba

Berpecah antara mereka
Musnah di hembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan

Cinta musnah dihembus pawana
Keinginan menghancur manusia

AKADEMI FANTASIA / Jadual Konsert (tick dalam kalender ye).


Akademi Fantasia merupakan sebuah rancangan realiti nombor satu (1) di Malaysia. Para pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Mereka ditempatkan di dalam akademi tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar. Sepanjang tempoh ini, mereka akan belajar pelbagai kemahiran bagi menyiapkan diri menjadi penghibur yang versatile termasuk kemahiran vokal, lakonan dan drama.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang berasal dari Mexico. Memulakan musim yang pertama pada tahun 2003 dan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.

Setelah lapan musim, sistem penjurian seratus peratus menerusi undian SMS penonton masih diteruskan untuk musim yang kesembilan ini. Elemen kejutan dan drama adalah segala-galanya dalam program paling popular di Astro Ria (Saluran 104) ini.

Minggu Tarikh Masa Saluran
Konsert Tirai 2nd April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 1 9th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 2 16th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 3 23rd April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 4 30th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 5 7th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 6 14th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 7 21st Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 8 28th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 9 4th Jun’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Akhir 11th Jun’11 9malam hingga 11malam Astro Ria

~Lama juga rupanya Rancangan ini berlangsung ye?.. Lebih kurang dekat 3 bulan juga la kan.. Nak juga tahu siapa yang akan jadi JUARA AF9 ni. Pengetua pun belum umum lagi ni... (Eksaited pula..)

Susulan Ahmad Dhani pengetua AF9,

Ramli MS lebih terbuka

Sedikit berbeza bagi pandangan pemuzik terkenal Datuk Ramli Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS, masyarakat perlu memberi peluang kepada Dhani untuk melihat sejauh mana kehebatannya menjadi pengetua dan mengajar pelajar-pelajar AF, mengenali industri seni tempatan.

Usah perlu merungut, bekas pengetua AF2 dan AF6 itu meminta agar masyarakat menganggap Dhani sebagai produk import yang dibawa ke pasaran tempatan, seperti produk-produk import lain yang dibawa masuk ke negara ini.

Kemudian, lihat saja hasil yang mampu diberikan oleh produk import tersebut (Dhani) , adakah dia mampu memberi satu kelainan pada AF9 yang terakhir itu.

“Secara realistiknya, yang menjadi tukang bayar bukannya orang luar, tetapi Astro. Jika keputusan yang dibuat ada kesan positif, maka positiflah program itu dan jika negatif, maka ia negatiflah.

“Kita tidak boleh menilai sama ada seseorang itu layak atau tidak. Jika Astro mengambil orang luar seperti pemuzik hebat AR Rahman sekalipun, masihkah ada rungutan daripada pihak luar?

“Cuba luaskan pandangan dan jangan anggap dia sebagai Dhani, tetapi seorang pengetua import yang bakal membawa perubahan dalam AF tersebut.

“Kalau dah kata import, selalunya produknya semestinya bagus bukan? Justeru itu, pelajar-pelajarnya nanti juga mendapat pelajaran daripada ‘barangan import’.

“Justeru itu, jika Dhani tidak menunjukkan prestasi yang bagus, masa itulah kita baru boleh hentam. Jadi, buat masa ini, kita hanya perlu sabar, tunggu dan lihat,” katanya.

Bagi Ramli, keberanian Astro membawa perubahan dalam industri tidak salah, asalkan ia memerlukan sikap keterbukaan minda dan asas ilmu muzik agar ia tidak terpesong daripada landasannya.

Bagaimanapun, cabaran menjadi seorang pengetua bukannya mudah kerana ia langsung tidak sama seperti seorang komposer yang duduk dalam studio dengan menerbitkan album.

Sebab itu kata Ramli, sukar untuk mengagak kebolehan seseorang pemuzik untuk menjadi pengajar kerana ia merupakan situasi yang sangat berbeza.

“Kita tidak tahu sama ada dia (Dhani) boleh mengubah industri muzik tempatan atau tidak. Dia memang seorang komposer yang hebat, tetapi perlu diingat, menjadi seorang pengetua bukan seperti menjadi seorang penerbit album kerana ia merupakan senario yang sangat berbeza.

“Bukan sekadar ilmu muzik yang perlu diajar, tetapi dari segi budaya, adat, tatasusila dan banyak lagi perlu difahami oleh seorang pengetua.

“Tambah pula, pengetua tersebut bukannya bekerja seperti biasa yang sering dibuatnya sebelum ini, tetapi mereka perlu melatih pelajar seperti kanak-kanak yang baru masuk tadika, agar mereka faham turun naik perjalanan seni tempatan,” katanya

~sumber mstar,
apa pendapat kawan kawan semua,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...