Nak Souvenier best?

Showing posts with label akasia. Show all posts
Showing posts with label akasia. Show all posts

Saiazuan Jerit Nama NORA ELENA.

saiazuan said...

noooooora eleeeeeeeeena

Ha.. itula buktinya.. Memang ramai betul ni MINAT NORA ELENA. Bak kata Tuan Haji Rozali pun:


Rozali said...

Assalamualaikum Nur

kat pejabat ni bising juga pasal nora...tu

Wassalam

Betulla tu.. semua TAK SABAR nak nonton EPISOD AKHIR nanti tu ye..
Kawan-kawan?
Apa kesudahannya?
Ada idea?

Episod NORA ELENA hari ini. 13JUN 2011.

Termelayan pula..

Ceciter ceciter.. Meh citer sikit..

NORA ELENA terjumpa rantai kepunyannya yang lama.Lalu Seth Tan berterus terang pada NORA ELENA bahawasanya dia adalah lelaki yang memperkosanya pada 10 tahun yang lepas. Seth menyatakan rasa bersalahnya yang teramat pada NORA ELENA dan betapa menyesalnya dia terutama bila keluarga NORA ELENA berpindah dari kampung tersebut. (Punca Seth memperkosa NORA ELENA adalah selepas menonton 'video yang tidak elok untuk kanak-kanak- mengikut translasi..nak tergelak pula..)

Maka tercetuslah perang antara keduanya. NORA ELENA meminta SETH TAN menceraikannya.Tiba-tiba NORA ELENA termuntah-muntah pula, sebenarnya NORA ELENA sudah pregnant..(Aaron Aziz menangis tu..)- Kalau lelaki menangis TAK MACHO ke?

NORA ELENA membawa diri ke rumah kawannya. NORA ELENA mem'flash back' kan yang sebenarnya SETH TAN sudah lama cuba berterus terang.

Yang lain..
sambunglah ye..

TAK LAYAN NORA ELENA./ MAKSUD NAMA NORA ELENA.

Siapa tak layan cerita NORA ELENA ni? Ada kan?..Mesti ada punye.
Peribadinya biasa-biasa sahaja.
Bukanlah Kipas Susah Mati sangat sebab kala sempat je..
Kalau terlepas boleh LAYAN lagi kat TONTON.MY.


NORA ELENA
NNaif
OOportunis
RRamah
AAmanah
EEmosional
LLemah-lembut
EEgoistik
NNaif
AAlim
Apa ada pada nama?


Kalau surf kat crazyartdot com tu ada la maksud macam kat atas tu.
Bagi kawan-kawan MAKSUD NAMA kita ni penting atau tak?
Cuba bagitau maksud nama masing-masing kat sini.

NORA ELENA. TV3.

Glamer betul nama NORA ELENA semenjak dua menjak ni kan. Sedap juga nama NORA ELENA ni. Siapa yang baru dapat anak gegirl  bolehla letak nama NORA ELENA ni kan. Moga raut wajah pun seiras cantik dengan pemilik namanya.

Ada yang tak tahu ke tentang NORA ELENA ni?. Ala.. slot DRAMA TV3 yang berkumandang eh bersiaraya setiap ISNIN HINGGA KHAMIS petang. Kadang-kadang terlepas juga siarannya. Nasib baik ada pelbagai kemudahan dan kecanggihan teknologi sekarang ni. Kalau terlepas pun boleh tengok balik cerita NORA ELENA ni kan.

Kisahnya diadaptasi dari NOVEL: KASIH YANG SUCI. Belum baca pun lagi. Nanti bila dah habis siri kat TV3 ni baru nak mencarinya.. Sekarang ni masih lagi dalam proses menamatkan pembacaan buku hadiah dari SHAIZHAR yang baik hati. Bukannya apa, asyik tergendala sahaja. Masih banyak perkara yang nak dilakukan. Kala free nak blogwalking pula.. Jadi bilamasa nak habiskan pembacaan?.. Bila kawan-kawan curi masa membaca ye?..

SINOPSIS?
Kelihatan NORA ELENA, 15, pulang dari kelas tambahan. Dia tercari-cari rakannya. Kemudian, rantai basikal tersangkut, tak boleh bergerak. Hari sudah gelap. Tiba-tiba seorang lelaki telah mencekupnya dari belakang dan mengheretnya ke dalam semak, lalu merogolnya

Cinta Antara Kita :Episod Akhir.

Berakhir sudah cerita Akasia Kali ni.
Peribadinya memang tak mengikuti sangat pun cerita CINTA ANTARA KITA ni. Lakonan zain ruffedge dan puteri Sarah dan lagi seorang yang berlakon sebagai Dania tu- tak kenal la.

Ok. Sedikit catatan EPISOD AKHIR CINTA ANTARA kita tu.
-Dania telah mengetahui kisah sebenar.
-Dania sakit dan dilawati oleh ibunya dan Jufri dan Aliyah.
-Aliyah terpaksa menukar baju yang comot akibat terkena muntahan Dania.
-dalam perjalanan pulang, Aliyah ditikam.
-Aliyah mengalami kecederaan buah pinggang.
-Jufri meminta Dania mendermakan buah pinggang kepada Aliyah .
-Saat Dania dan Jufri nak dinikahkan, Dania menghentikan majlis.. Kemudian meminta maaf kepada Aliyah..

The end..

episod akhir chinta, fasha sandha

akhirnya dah habis juga cerita chinta- slot akasia kat tv3.. sempatla tengok tadi.. jarang-jarang dapat tengok episod akhir drama bersiri ni.. selalunya ikut cerita tu and then last last tak dapat tengok ending.. frust juga..

kisah terakhir ni sadatul disahkan mengandung.. kembar pula tu,,(kembar dua je kot).. dan dia terlebih emotional.(biasa la orang pregnant.. tak gitu..) then mak si rasul ni minta batalkan perkahwinan tapi rasul tetap nak teruskan.. tapi masa tu chinta belum tahu lagi sadatul pregnant..

one day.. mak rasul ni terlepas cakap yang sadatul pregnant pada cinta(untuk siapa2 yang perasan tadi aida rahim tersalah dialog masa part cakap telefon'..)
then mak sadatul pula nak call off the wedding- pergi rumah chinta and suddenly chinta pengsan.jadi masuk hospital dan semua orang tahu chinta ada penyakit.. perkahwinan diteruskan.. selepas akad- masa nak sarung cincin sadatul meninggal di pangkuan rasul iman.. haha silap.. yg sebenonye chinta yang meninggal.. thanks miya.. kalut nak publish cecepat...

~pernah baca kat satu blog ni tentang untung juga jadi chinta sebab masih diberi peluang selepas melakukan kesilapan besar dalam hidupnya untuk bertaubat.. berbanding orang yang tak sempat bertaubat WA..
slot akasia seterusnya?.. seribu kali cinta..

epilog syurga 'chinta"


cerita ni dah tamat minggu lepas.
dan semalam dah start cerita baru- chinta
ending ESC ni boleh dikatakan kurang best.
menjangkakan ending yang lebih menarik.
tapi..
nak buat macamana..
directornya bukan diri sendiri..

dan harapnya cerita baru ni dapat menarik hati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...