Nak Souvenier best?

Showing posts with label artis meninggal. Show all posts
Showing posts with label artis meninggal. Show all posts

Izwan Pilus meninggal dunia - Al Fatihah

~BACA KAT MSTAR
AL FATIHAH


Izwan Pilus. - Foto diambil daripada akaun Facebook Izwan Pilus.
PETALING JAYA: Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.
Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.
Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pagi Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.
"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful lagi.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.

AL FATIHAH:Seniwati Mahyon Ismail .

~berita selanjutnya..

PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.
"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.
"Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian seinggakan sampaikan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.
"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.
Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.
Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.

Seniwati Mahyon Ismail / Ibu Faizal Hussein Meninggal Dunia.

PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Allahyarham merupakan ibu kepada Faizal Hussein.
Berita selanjutnya akan dikemaskini selepas ini.-mstar.

~Al Fatihah buat Arwah.
Baru juga dapat tahu tentang blogger telordibasuh yang meninggal Dunia pada 19mei lalu. AlFatihah.

Lirik lagu bertajuk Sebelum Aku Pergi

~Nak mencari le lirik lagu itu nanti.

PORT DICKSON – “Saya sudah merakamkan sebuah lirik lagu bertajuk Sebelum Aku Pergi ciptaan Seri Bayu tetapi belum sempat album single itu diterbitkan, arwah sudah pun pergi meninggalkan kami.”

Itulah luahan, Nazira Abdul Ghani, 16, yang merupakan anak angkat kepada komposer dan penulis lirik terkenal Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin akibat penyakit saraf.

Nazira yang ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Pelanduk di sini semalam berkata, lagu tersebut sudah lama dicipta oleh Seri Bayu tetapi beliau tidak mempunyai penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut.

“Bagaimanapun, beberapa bulan lalu, saya berjumpa dengan arwah selepas satu pertandingan karaoke di Bangi, Selangor dan dia berhasrat mendidik saya menjadi penyanyi,” katanya di sini semalam.

Menurut Nazira, arwah tinggal bersama keluarganya di Kampung Teluk Pelanduk di sini sejak empat bulan lalu sebelum dia meninggal dunia.

“Seri Bayu sangat teruja untuk menyiapkan album ini dan semua perancangan sudah dilakukan olehnya dengan bantuan beberapa rakan.

“Saya sedih kerana hasrat arwah untuk menerbitkan single ini tidak kesampaian,” jelasnya.



al fatihah


alfatihah buat yalal chin
takziah untuk keluarganya..

~mati itu pasti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...