Nak Souvenier best?

Showing posts with label bencana alam. Show all posts
Showing posts with label bencana alam. Show all posts

#SaveChini.

#SaveChini.

~Haritu kat twitter heboh dengan tag ni.. Tapi kat kosmo lain plak kisahnya.. Mana satu yang betul.. ceciter uolls..



BENTONG - Aktiviti pembangunan di sekitar Tasik Chini di Pekan dekat sini masih terkawal dan tiada sebarang pencerobohan berlaku dalam kawasan tasik itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, situasi itu disaksikan sendiri olehnya pada minggu lepas ketika meninjau tasik tersebut yang diwartakan sebagai Taman Pelancongan pada tahun 1989 itu.
"Saya lihat sendiri air tasik itu masih jernih, tidak kotor seperti yang didakwa dan keadaan nampak terkawal. Setakat ini, pembangunan di sekitar Tasik Chini oleh agensi kerajaan seperti Risda dan Felcra dibenarkan kecuali dalam kawasan yang telah digazetkan tidak boleh diteroka," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Pelangai di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangai dekat sini kelmarin.



Gambar Tornado..

Syukur kat sini takde Tornado kan?.. Malaysia ni kira selamat juga.. Cuma kadang-kadang ada bencana alam yang tak terduga..

~jom brekfes~
SEORANG lagi penduduk, Joey Mure merakamkan gambar puting beliung di Breezy Point.


ombak


MANILA, Filipina - Ombak besar melanda kawasan tepi pantai bandar raya ini sehingga mengakibatkan banjir akibat taufan Saola.
Kedutaan Amerika Syarikat di Manila juga dilanda banjir selepas hujan lebat dan angin kencang melanda bandar raya ini.
Cuaca buruk melanda Filipina sejak lima hari lalu.
Seramai 14 orang mati dan 150,000 lagi terpaksa dipindahkan ekoran kejadian hujan lebat dan angin kencang.
Menurut beberapa pegawai, seorang wanita berusia 64 tahun mati kerana tanah runtuh semasa dia memanjat bumbung rumah untuk memperbaiki kebocoran ketika hujan lebat. Kebanyakan yang mati adalah kerana dihempap pokok.
Sejumlah penduduk kampung, polis dan pasukan pengawal pantai mencari empat nelayan yang didapati hilang di wilayah Mindoro Occidental, selatan Manila.
Pihak berkuasa terpaksa melepaskan air dari dua empangan besar di bahagian utara kerana hujan lebat disebabkan taufan tersebut.
Manila mempunyai penduduk seramai 15 juta orang.
Ombak besar turut melanda daerah Navotas yang didiami komuniti nelayan di sepanjang Teluk Manila, sekali gus menyebabkan sejumlah pondok musnah. - Agensi

Norway Yang Kena Bom..

mstar..

Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP
OSLO, Norway: Seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 pekhemah di sebuah pulau dekat sini, Sabtu.
Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang

Tanah runtuh di Hulu Langat. susulan.

~Semoga kejadian tak diingini tidak berulang...Dan dapat diambil tindakan segera.

HAKISAN... beginilah keadaan tanah runtuh di Ukay Perdana, Ampang semalam.


AMPANG – Trauma kematian sebanyak 16 mangsa tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini pada Sabtu lalu masih terasa dan kini penduduk di kawasan Ukay Perdana di sini pula berada dalam bahaya.
Sehari selepas kejadian tanah runtuh di Jalan UP 1/8, Ukay Perdana di sini berlaku namun hingga petang semalam tiada usaha membaiki kerosakan di kawasan tersebut dilakukan.
Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata penduduk di kawasan itu dilanda kebimbangan dan mahu pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya berbuat sesuatu menanganinya.
Seorang pekerja syarikat swasta, Nurul Firdaus, (gambar) 42, berkata, dia bimbang dengan keadaan tersebut kerana tebing terbabit tidak stabil sejak kejadian tanah runtuh di tebing itu petang kelmarin.
“Saya bimbang tebing ini akan runtuh dengan lebih teruk memandangkan kini kerap hujan. Sepatutnya pihak terlibat mengambil tindakan pantas apabila laporan dibuat berhubung kejadian tanah runtuh,” dakwanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...