BERIKUT YG BACA KAT BHONLINE MENGENAI TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS..
Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.
Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.
Mayat wanita dan dua yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.
Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan dimasukkan ke hospital sama.
Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.
Wan Mohd Zahari berkata tiga rumah terbabit dalam kejadian itu.
Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.
Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 kilometer dari Jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian. - BERNAMA
Showing posts with label tanah runtuh. Show all posts
Showing posts with label tanah runtuh. Show all posts
TRAGEDI TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLANDS 2011.
TRAGEDI TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLANDS 2011.
BH ONLINE.
2011/08/07
CAMERON HIGHLANDS: Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.
Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.
Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.
OH, KINI SUDAH TAHU DENGAN LEBIH TEPAT TENTANG LOKASI KEJADIAN. MASA MULA MULA TONTON/ DENGAR BERITA TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLANDS TU , DISANGKAKAN KEJADIAN TU KAT KAWASAN PERANGINAN YANG UTAMA. RUPANYA BERLAKU DI KAWASAN PERKAMPUNGAN ORANG ASLI.
MEMANG MENAKUTKAN BILA MENERIMA BERITA SEBEGINI KAN. SEMOGA KELUARGA YANG TERLIBAT TABAH MENGHADAPI DUGAAN BENCANA INI. PUNCA TANAH RUNTUH BIASANYA HUJAN LEBAT YANG MENYEBABKAN LAPISAN TANAH TIDAK STABIL, MEGGELUNGSUR LALU AKAN RUNTUH.
TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLAND.
TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS.
2 SELAMAT, 1 MENINGGAL DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL.
Begitulah tajuk berita kat BULETIN UTAMA yang didengari tadi.
Dalam Bulan MUlia ni juga kita diuji dengan bencana..
Lokasi adalah DI CAMERON HIGHLANDS . Tempat peranginan yang terkenal ini.
Dikhabarkan ada 10 orang yang TERTIMBUS dan usaha menyelamat MANGSA TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLANDS ini sedang giat dijalankan.
Pelbagai bantuan dari POLIS, BOMBA dan PENDUDUK KAMPUNG bersama menyelamatkan mangsa Tanah runtuh ini. Puncanya adalah HUJAN LEBAT yang melanda di kawasan terbabit.
Semoga mangsa dan keluarga yang terlibat dalam TANAH RUNTUH di Cameron Highlands ini tabah menghadapi BENCANA ini.
~Rancangan nak ke sana terpaksa disimpan dahulu le..
Kawan-kawan ada update ke tentang TANAH RUNTUH CAMERON HIGHLANDS ni ye?
Baru je kan dikejutkan dengan TRAGEDI TANAH RUNTUH yang melanda anak anak di MADRASAH AT TAQWA di Hulu Langat tempohari. Kini peringatan dariNYA kembali..
Baru je kan dikejutkan dengan TRAGEDI TANAH RUNTUH yang melanda anak anak di MADRASAH AT TAQWA di Hulu Langat tempohari. Kini peringatan dariNYA kembali..
Tanah runtuh di Hulu Langat. susulan.
~Semoga kejadian tak diingini tidak berulang...Dan dapat diambil tindakan segera.
HAKISAN... beginilah keadaan tanah runtuh di Ukay Perdana, Ampang semalam.
AMPANG – Trauma kematian sebanyak 16 mangsa tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini pada Sabtu lalu masih terasa dan kini penduduk di kawasan Ukay Perdana di sini pula berada dalam bahaya.
Sehari selepas kejadian tanah runtuh di Jalan UP 1/8, Ukay Perdana di sini berlaku namun hingga petang semalam tiada usaha membaiki kerosakan di kawasan tersebut dilakukan.
Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata penduduk di kawasan itu dilanda kebimbangan dan mahu pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya berbuat sesuatu menanganinya.
Seorang pekerja syarikat swasta, Nurul Firdaus, (gambar) 42, berkata, dia bimbang dengan keadaan tersebut kerana tebing terbabit tidak stabil sejak kejadian tanah runtuh di tebing itu petang kelmarin.
“Saya bimbang tebing ini akan runtuh dengan lebih teruk memandangkan kini kerap hujan. Sepatutnya pihak terlibat mengambil tindakan pantas apabila laporan dibuat berhubung kejadian tanah runtuh,” dakwanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.
Tanah Runtuh Hulu Langat. / Rumah Anak Yatim. [update]
Masih terkejut dengan berita TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM DI HULU LANGAT itu. Syahdu melihat kawasan bencana tatkala disiarkan dalam buletin utama tadi. Tidak dapat membayangkan bagaimana situasi anak-anak yatim itu bilamana kejadian tanah runtuh tu berlaku.
Tiada hujan lebat pun masa kejadian tu berlaku kan. HUJAN LEBAT yang melanda tu adalah pada hari sebelumnya. Itu yang menyebabkan berlakunya PERGERAKAN TANAH yang seterusnya menghasilkan TANAH RUNTUH yang tidak diingini ni. Mangsa yang terbunuh adalah seramai 5 ORANG. Salah seorang adalah murid TAHUN DUA. Sebak bila membayangkan seorang anak sekecil 8 tahun terlibat dalam kejadian TANAH RUNTUH ni.
~Terkini: 2 lagi mangsa berjaya dikeluarkan. Yang masih terperangkap diberi bantuan Oksigen,
Kejadian berlaku jam 2.20 petang di RUMAH ANAK YATIM AT TAQWA HULU LANGAT. Saksi sekitar pun menggambarkan keadaan yang menyedihkan pada ketika itu... Dari laporan berita pun keadaan amat menyentuh jiwa..
Diharapkan mereka semua dijumpai walau dalam apa keadaan sekalipun. Sama panjatkan doa buat mereka semua...
-Dalam Buletin utama tadi pun ada dinyatakan ciri-ciri yang boleh menjadi petanda akan berlakunya TANAH RUNTUH di sesuatu kawasan. Jika terdapat tanda tanda tersebut, haruslah segera dimaklumkan pada pihak berkenaan. Apakah ciri ciri itu?
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/05/tanah-runtuh-rumah-anak-yatim.html

Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim?
~Ya, begitulah tajuk yang baru sahaja dibaca. Kejadian TANAH RUNTUH YANG MENIMPA RUMAH ANAK YATIM HULU LANGAT ni memang benar-benar mengejutkan. Baca tadi kat blog CikguDahliadotcom. Semoga mereka semua tabah menghadapi bencana ini. Samalah memanjatkan doa yang terbaik buat mangsa kejadian. Khabarnya bencana itu berlaku kira-kira jam dua lebih tadi.. Apa kita tengah buat masa tu ye?.. Apapun.. mari ikuti berita di media nanti.
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
- hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
- Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
- gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
- letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
- gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
- berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
- Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
- pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
Subscribe to:
Posts (Atom)