Makan Cicak Tokek?
KUALA LUMPUR – Kepada mereka yang memiliki cicak yang popular dengan panggilan cicak tokek dan berhasrat untuk menjual kepada pelanggan beragama Islam mungkin boleh berfikir dua kali kerana ia adalah haram dimakan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan baru-baru ini menetapkan cicak besar tersebut tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan serta mengandungi racun.
Bagaimanapun dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web e-fatwa itu berkata, pengecualian diberi untuk tujuan perubatan dengan hukumnya adalah harus.
“Namun sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa cicak itu mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu,” katanya.
Penawar HIV AIDS bukanlah CICAK TOKEK.
Rupanya bukanlah CICAK TOKEK yang digunakan dalam perawatan beliau. Haritu kan heboh tentang kaitan CICAK TOKEK dengan penawar HIV AIDS.
Perlu ke kita memandang serong kepada PESAKIT HIV AIDS ye?.. Kalau dia dah berubah macamana?..
Cure For AIDS,
Apakah penawarnya?.. Adakah Cicak Tokek?..
Continue reading on Examiner.com The Berlin Patient, first reports of an AIDS Cure - San Francisco City Buzz | Examiner.com http://www.examiner.com/city-buzz-in-san-francisco/the-berlin-patient-first-reports-of-an-aids-cure#ixzz1NVD0VEXq
Kicap Tiruan Cap Cicak?
~Erkh.. Ini bukan kisah kicap tiruan.. Ini kisah kicap berperisa cicak.. Apa agak rasa cicak tu.. Macam fear factor lak.. Tapi ni fear factor Malaysia.. Macammana cicak tu boleh ada dlm kicap tu.. Mungkin terjatuh masuk dalam botol masa skodeng pekerja yang comey2 tu.. Seterusnya apa tindakan?.. Saman ke?
KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.
Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.
Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.
"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.