Nak Souvenier best?

Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Jutawan Emas.

JOM MELABUR EMAS...


HARGA emas dijangka terus meningkat hingga mencecah harga purata AS$1,975 (RM6,000) bagi satu auns (28.35g) menjelang suku keempat tahun ini berikutan sentimen positif terhadap komoditi itu meskipun ketika situasi ekonomi global berdepan keadaan tidak menentu.

Ketua Pakar Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice berkata, selain emas, harga minyak turut dijangka naik kepada AS$100 (RM301) setong menjelang separuh kedua tahun ini.


Beliau berkata, terdapat empat faktor yang mendorong peningkatan harga emas iaitu jumlah hutang tinggi di barat, kadar faedah sebenar yang negatif, permintaan tinggi dari China, India dan bank-bank pusat serta bekalan terhad komoditi berkenaan.

“Suasana tidak menentu ekonomi global secara berterusan turut merangsang minat terhadap emas sebagai alternatif bagi melindungi nilai berbanding pelaburan lebih berisiko.


“Kenaikan harga minyak pula disebabkan risiko ketidakstabilan politik di Timur Tengah dan permintaan kukuh daripada pasaran baru muncul terutama China,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Tak Kenal Saudara.. Padahnya..

~LEPAS NI KENA HAFAL SEMUA SAUDARA MARA.. JAUH ATAU DEKAT..

KUALA LUMPUR: Edar kad jemputan dengan parang. Itu taktik digunakan tiga lelaki yang memasuki rumah seorang suri rumah dengan berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan adik mereka sebelum menyamun barang kemas dan wang tunai milik mangsa bernilai RM130,000 di Jalan Hujan Emas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Alisa, 50, berada di rumah bersama cucu lelakinya berusia tiga tahun ketika tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berhenti di hadapan rumahnya.

Menurutnya, tiga lelaki terbabit membawa sedozen air minuman kotak dan sedulang buah-buahan dan menyatakan niat untuk menyerahkan kad jemputan kahwin adik mereka selain mengaku saudara jauh mangsa.
“Sebaik masuk, seorang daripada mereka meminta air selain menyoal sama ada saya berseorangan di rumah.

“Ketika saya hendak masuk ke dapur, tiba-tiba mereka mengeluarkan parang dan mengugut saya menyerahkan semua barangan berharga sebelum menarik saya masuk ke ruang sembahyang,” katanya, semalam.

Katanya, selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki kereta sama. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling.

abangku dapat emas pertama untuk Komanwel


tahniah buat amirul hamizan kerana berjaya mendapatkan pingat emas pertama untuk negara tercinta. lantas ianya sebagai pendorong untuk ahli kontijen lain untuk meneruskan sasaran memungut emas.

pasti terkejut dengan tajuk tu.. ya.. ia memang abangku.. lain emak dan lain bapa..
dan tiada kaitan pun..
tahniah sekali lagi buat beliau..

anda?
bila lagi nak mengharumkan nama negara?

~gambar-the star online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...