Tip Puasa : Jangan makan terlalu banyak. Ambil pemakanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, protein, buah-buahan atau sayur-sayuran, dan minum air dengan banyak. Contohnya: telur + roti serat gandum bakar, biskut disalut mentega kacang, beberapa hirisan buah oren, dan dua gelas air.
~dari POise Malaysia.
Showing posts with label fadhilat puasa. Show all posts
Showing posts with label fadhilat puasa. Show all posts
Lirik Lagu: Bulan Ramadhan Bulan Yang Mulia..
Lirik Lagu: Bulan Ramadhan Bulan Yang Mulia..
Bulan Ramadhan bulan yang mulia
bulan rahmat dan bulan berkat
bulan kebajikan pahala berganda
bulan keampunan doa diterima
bulan ramadhan quran diturunkan
untuk panduan hidup manusia
di dalamnya ada lailatul qadar
kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan
bulan ramadhan pintu neraka ditutup
mereka yang diazab kubur direhatkan
iblis dan syaitan kakinya dirantai
sebagai memuliakan bulan ramadhan
berlumba-lumbalah mencari keredhaan
puasa di siangnya menghidupkan malam
banyakkanlah doa lebihkan sedekah
kawallah diri daripada dosa-dosa
beriktikaflah di sepuluh akhir ramadhan
jika ada peluang masa pun ada
kerana ia sunnat yang digalakkan
Rasulullah tidak pernah meninggalkan
Ramadhan3x
Bulan Rahmat
bulan rahmat dan bulan berkat
bulan kebajikan pahala berganda
bulan keampunan doa diterima
bulan ramadhan quran diturunkan
untuk panduan hidup manusia
di dalamnya ada lailatul qadar
kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan
bulan ramadhan pintu neraka ditutup
mereka yang diazab kubur direhatkan
iblis dan syaitan kakinya dirantai
sebagai memuliakan bulan ramadhan
berlumba-lumbalah mencari keredhaan
puasa di siangnya menghidupkan malam
banyakkanlah doa lebihkan sedekah
kawallah diri daripada dosa-dosa
beriktikaflah di sepuluh akhir ramadhan
jika ada peluang masa pun ada
kerana ia sunnat yang digalakkan
Rasulullah tidak pernah meninggalkan
Ramadhan3x
Bulan Rahmat
Rukhsah.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Tadi Sahur Amende?
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
JANGAN TINGGAL SAHUR YE..
WALAU SEGELAS AIR DAN SEBIJI KURMA..
ALL IN ONE.
JANGAN TINGGAL SAHUR YE..
WALAU SEGELAS AIR DAN SEBIJI KURMA..
ALL IN ONE.
3 jenis orang yang,,,
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Bebas....
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Berlumbalah membuat kebaikan?..
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Bulan yang penuh berkat: Ramadhan.
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
BAGAIMANA AMALAN KITA HARI INI? SEMALAM?
Selamat Menyambut Ramadhan.
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.ALL IN ONE.
AZAM BULAN PUASA NI..
~AZAM BULAN PUASA NI YANG KITA BOLEH CONTOHI:
-BERSEDERHANA
-TIDAK MEMBAZIR
-BERHENTI MEROKOK
-BANYAKKAN AMALAN KEBAIKAN
- KURUSKAN BADAN(????)
PUASA tidak hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi puasa juga merupakan ujian psikologikal untuk manusia.
Setiap kali menjelang bulan Ramadan, banyak daripada kita mula menanam tekad dan azam baharu. Banyak daripada kita mula meningkatkan amalan baik dan mengurangkan tabiat tidak elok yang biasanya dilakukan pada bulan-bulan lain.
Kalau sebelum ini ada yang jarang ke masjid, pada bulan Ramadan semua daripada kita mula mendekatkan diri bersama jemaah yang lain. Ada yang tidak mampu berhenti merokok, tetapi sebaik sahaja berpuasa, semua tabiat itu dapat ditinggalkan.
Cara Solat Tarawih.
~Apabila di google, banyak juga web yang ada entry tentang cara Solat tarawih ni. Yang paling di syorkan mestilah Panduan Solat Sunat Tarawih yang ada kat LINK nombor dua tu. Nak solat sunat tarawih secara bersendirian ke nak solat sunat tarawih secara berjemaah?.. Kalau paling bagusnya secara berjemaah la kan?.. Besar pahalanya.. Solat Sunat Tarawih ni dalam bulan ini aje ye.. Rugi kalau tak dapat mengerjakannya dengan full.
Marilah sama-sama tanam azam nak completekan solat tarawih. (exceptla ada perkara yg takboleh). Jangan nanti akhir-akhir bulan puasa dah sunyi masjid kita.
Marilah sama-sama tanam azam nak completekan solat tarawih. (exceptla ada perkara yg takboleh). Jangan nanti akhir-akhir bulan puasa dah sunyi masjid kita.
Niat Solat Tarawih Dan Cara Melakukan Solat Tarawih Di Bulan ...
akudansesuatuz.blogspot.com/.../niat-solat-tarawih... - Translate this page21 Ogos 2011 – Kali ini admin nak share dengan anda semua niat solat Tarawih dancara melalukan solat Tarawikh. Manalah mana tahu ada yang di luar sana ...- [PDF]
Panduan Solat Sunat Tarawih
fkee.ump.edu.my/.../Panduan%20Solat%20Sunat... - Translate this pageFile Format: PDF/Adobe Acrobat - Quick View
mengetahui atau mengulangi kembali cara- cara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat ... CARA SEMBAHYANG TARAWIH
www.enciknakal.com/.../cara-sembahyang-tarawih... - Translate this page1 Ogos 2011 – PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH DI BULAN RAMADHAN Assalamualaikum,seperti yang kita tahu,Bulan Ramadhan merupakan Bulan ... Panduan & Cara Menunaikan Solat Tarawih
www.forblogger.net › Agama - Translate this pageRating: 9.4/10 - 5 votes1 hari yang lalu – Panduan dan Cara Menunaikan Solat Tarawih ok? Berikut selengkapnya panduan & cara menunaikan solat (sembahyang) tarawih.Panduan Dan Cara Menunaikan Solat Tarawih | melvister.com
www.melvister.com/.../panduan-dan-cara-menunai... - Translate this page31 Jul 2011 – Berikut adalah panduan dan cara menunaikan solat tarawih pada bulan ramadhan. Pihak jakim dengan bermurah hatinya telah menyedia ...
JADUAL HARIAN DI BULAN PUASA.
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi - Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.
4.20 pagi - Solat Sunat
Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima ramalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi - Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran
atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya secara lisan atau di dalam hati. Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita lakukan.
10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat, mengutuk, memandang yang haram, menyindir yang menyakitkan hati orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja.
12.45 tengah - Bersiap untuk solat Zohor
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib. Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat beribadat kepadaNya.
4.15 petang - Bersedia untuk solat Asar
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH.
5.30 petang - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih menyelubungi diri!!!
6.30 petang - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu inilah masa yang mustajabnya doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. Apabila masuk waktu Magrib, Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka." Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, kemudian terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan) .
11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yang wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun untuk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH. Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
*SELAMAT MENCUBA*
Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
Panduan Puasa untuk IBU HAMIL.
~NAK BERKONGSI ARTIKEL INI.. DARI ENTRY SEBELUM INI PERNAH DIKONGSI.. CUMA NAK INGATKAN KEMBALI..
Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.
Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.
Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.
Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.
Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.
Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.
Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.
Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.
Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.
Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.
Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.
Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan.
Ulangkaji: Ibadah Puasa.
~JANGAN SILAP FAHAM. INI UNTUK DIRI SENDIRI. KENA DIINGATKAN. SAMBIL TU NAK BERKONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN.
s:darunuman.com
s:darunuman.com
PENGERTIAN PUASA
- Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
- Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT
- Puasa enam hari pada bulan Syawal
- Puasa hari Arafah
- Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
- Puasa bulan Syaaban
- Puasa Isnin dan Khamis
- Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH
- Puasa yang terus menerus sepanjang masa
- Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM
- Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
- Puasa pada hari raya pertama Haji
- Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA
- Berakal
- Akhir Baligh (Cukup umur)
- Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA
- Islam
- Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA
- Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
- Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
- Makan dan minum dengan sengaja.
- Muntah dengan sengaja.
- Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan.
- Keluar darah haid atau nifas.
- Gila.
- Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
- Orang yang sakit.
- Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
- Orang tua yang sudah lemah.
- Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)