Nak Souvenier best?

Showing posts with label tarikh puasa. Show all posts
Showing posts with label tarikh puasa. Show all posts

TARIKH HARI KEBESARAN ISLAM.

TARIKH HARI KEBESARAN ISLAM.

Jika terlupa. marilah bersama mengingatkan...

NEW YEAR
1 MUHARRAM

MAULIDUR RASUL
12 RABIULAWAL

ISRAK DAN MIKRAJ
27 REJAB

AWAL RAMADHAN
1 RAMADHAN

NUZUL AL QURAN
17 RAMADHAN

AIDILFITRI
1 SYAWAL

AIDILADHA
10 ZULHIJJAH

Tarikh 1 Ramadhan 2013.

Tarikh 1 Ramadhan 2013.

Suatu hari ada kenalan bertanya secara spontan, bila Tarikh 1 Ramadhan 2013 ye?. 5 minit pun belum boleh bagi jawapan kat kawan tu. Penat dia tunggu, Terkulat-kulat juga la kita nak mencari jawapan.. Belek dua tiga jenis kalendar baru le boleh bagitau kat member tu Tarikh 1 Ramadhan 2013.

Sebenarnya, kalau ikut lojik, memangle takde Tarikh 1 Ramadhan 2013 tu sebab tarikh yang ada cuma 1 ramadhan 1434H. Terkena gak kat batang hidung sendiri yang mancung ni. Tarikh 1 Ramadhan 2013 tu bersamaan 10 JULAI 2013, makanya tarikh 1 SYAWAL 1434H jatuh pada 8 OGOS 2013.

Apakah kepentingannya untuk mengetahui tarikh-tarikh ini dengan lebih awal? Ini kerana, perlu la kan sebab nak buat perancangan awal nak beli baju raya, nak tempah tiket balik kampung, nak beli/ order/ bikin kuih raya dan yang paaaling penting adalah,
NAK GANTI PUASA.. jangan lasminit lah ye.

Kalau dah tahu tarikh awal-awal, senang kerja.. tidaklah hamba tertanya tanya.. bila nak bubar, bila nak mengundi?.. tup tup dah plan baiiikk punye. kena kensel plak.. sapa nak bayar kos gantirugi?.. Fikir-fikirkanlah...

Bulan yang penuh berkat: Ramadhan.


Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

BAGAIMANA AMALAN KITA HARI INI? SEMALAM?

Ulangkaji: Ibadah Puasa.

~JANGAN SILAP FAHAM. INI UNTUK DIRI SENDIRI. KENA DIINGATKAN. SAMBIL TU NAK BERKONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN.

s:darunuman.com


PENGERTIAN PUASA 
  • Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
  • Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT 
  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa hari Arafah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa bulan Syaaban
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH
  • Puasa yang terus menerus sepanjang masa
  • Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM
  • Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
  • Puasa pada hari raya pertama Haji
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA
  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA
  • Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Makan dan minum dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan.
  • Keluar darah haid atau nifas.
  • Gila.
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
  • Orang yang sakit.
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Pengumuman Tarikh Puasa 2012.

Pengumuman Tarikh Puasa 2012./ Perisyhtiharan.- ditaja oleh SPR.

Sebentar tadi diumumkan Tarikh Puasa untuk tahun 2012 oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada hari 21 Julai 2012 iaitu pada hari Sabtu ini. Maka solat Tarawikh akan bermula esok malam.

Selamat BERPUASA untuk kawan-kawan yang muslim. Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan amalan kita semua. Jauhkan kontroversi. Tingkatkan prestasi.

**Teringat zaman kecik kecik, beratur depan TV ramai-ramai dengar tarikh puasa diumumkan. Lepas tu bersorak sorai ramai-ramai.. Lagi satu bila pengumuman Tarikh Raya.. lebih lebih excitednya.. Rindu kenangan tersebut.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
darulnuman.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...