Nak Souvenier best?

Showing posts with label fotografi. Show all posts
Showing posts with label fotografi. Show all posts

TIPS: Fotografi.

TIPS: Fotografi.

Sewaktu Nur melayari internet itu hari, ada la terjumpa website yang menarik. Lebih kepada blog la sebenarnya. Memandangkan nur pun meminati fotografi (yang sebenarnya suka tengok gambar yang menarik dan cantik), jadi bila jumpa blog ni memang seronokla.

Blog digital photography school dot com ni ada berkongsi atau mengajar pembacanya tentang perkara-perkara asas fotografi. Yang menarik minat tu ada juga diajar tentang cara-cara nak ambil gambar ikut kategori la.. Contohnya macamana nak ambil gambar kanak-kanak , perempuan dan lelaki. Seronok pulak bila baca.. Biasanya kalau nur abik gambar tu pakai belasah aje.. takde teknik apa-apa.. Guna pun bukannye kamera canggih.. Ada yang nak bagi hadiah dslr tak pada nur?

Kalau kawan-kawan nak belajar bolehla layari blog tersebut ye.. Atau ada sesiapa nak rekemen blog fotografi yang bagi tips fotografi dari Malaysia? Oh ye, blog yang ni dalam English la ye..

Tertanya tanya.. Kalau dah ada DSLR nanti.. Perlu juga ke nk g photoshoot.

Persoalan yang ingin ditimbulkan..
Nanti teringin nak dapatkan satu sesi photoshoot.
Dengan fotografer yang berpengalaman.
Tapi kalau dah ada DSLR sendiri nanti...
Perlu jugak ke lagi attend sesi photoshoot itu nanti?..

Dah ada sendiri punye.. Ambik je la gambo tu sendiri.. Takpun suruh je member member yang jadi fotografer upahan untuk satu sesi. Tetapi, adakah hasil yang terakhir itu bakal menepati citarasa.. Ini boleh diklasifikasikan sebagai kategori do it yourself sesi photoshoot.

Boleh ke camtu ye? Pastu dah pilih gambo yang menarik.. Hantar memory card pada kedai gambar dan susunla gambar dalam - album susun sendiri gambar ikut kreativiti. Ala ala macam buku skrap budak budak.. Tapi, adakah puas hati bila dah dapat hasilnya?..

Apa pendapat kawan- kawan?...

Menakjubkan...



IMEJ cahaya yang menajubkan dirakamkan oleh Stephane Vetter di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu.


REYKJAVIK - Seorang jurugambar, Stephane Vetter berjaya merakamkan gambar cahaya yang menakjubkan di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu, lapor sebuah akhbar .
Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera. - Agensi
~Kalau berpeluang ambil gambar suasana seperti kat atas tu kan best!!!

Kamera lensa refleks tunggal digital.

~Dah mampu milik ni kira bolehla dapatkan ni ye.. Oke.. sapa nak bagi percuma.. sila bitau.. Salah satu gajet yang menjadi satu kemestian untuk peminat fotografi termasuk diri sendiri.. (minat je la.. ).. Jom simpan duit...

Penggemar fotografi amatur bukan sahaja menggunakan kamera kompak digital malah, mula berkarya dengan kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) untuk mendapat kepuasan dalam merakam foto.

Bagaimanapun, tidak semua penggemar fotografi amatur mempunyai kemampuan memiliki kamera DSLR berkualiti dan terkini di pasaran kerana kekangan harga yang agak tinggi.

Menyedari segmen DSLR mempunyai peminat tersendiri, syarikat gergasi pengimejan antarabangsa Canon memperkenalkan model terbaru EOS 1100D yang mampu dimiliki penggemar fotografi amatur.

Kamera DSLR terbaru itu didatangkan dengan pengesan CMOS beresolusi 12.2 megapiksel turut dilengkapi teknologi pemproses DIGIC 4 yang mampu memberi rakaman berkualiti.

Dengan hanya mempunyai berat 495 gram (g), EOS 1100D dapat memberi kebebasan kepada pengguna dalam merakam hasil karya mereka dengan lebih mudah dan berkesan.

Model EOS 1100D juga mempunyai kapasiti ISO yang berupaya mencecah sehingga 6400 untu memberi rakaman terbaik kepada pengguna.

Selain daripada itu, ia turut didatangkan dengan butang kawalan mudah dikendalikan terutamanya bagi penggemar fotografi amatur yang baru berkecimpung dalam bidang fotografi.

Bagi yang gemar membuat eksperimentasi terhadap hasil karya, terdapat mod-mod asas seperti potret, landskap, potret malam, sukan, close-up dan flash off ditawarkan kepada mereka.

Ciri-ciri menarik lain yang dapat menzahirkan kreativiti penggemar fotografi amatur termasuk mod vivid, soft, warm, intense, cool, brighter, barker, monochrome dan banyak lagi.

Berbeza dengan model terdahulu, EOS 1000D, kamera terbaru ini berupaya merakam video definisi tinggi (HD) sekali gus, memberi kelebihan kepada pengguna terutama mereka yang ingin berjinak-jinak menjadi pembikin filem.

EOS 1100D didatangkan dengan empat warna pilihan kini boleh diperoleh pada harga pasaran RM1,999. Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web www.canon.com.my.

Secara ringkas cirinya:
pengesan CMOS beresolusi 12.2 megapiksel
teknologi pemproses DIGIC 4
hanya mempunyai berat 495 gram (g)
kapasiti ISO yang berupaya mencecah sehingga 6400
butang kawalan mudah dikendalikan
mod-mod asas seperti potret, landskap, potret malam, sukan, close-up dan flash off
termasuk mod vivid, soft, warm, intense, cool, brighter, barker, monochrome
berupaya merakam video definisi tinggi (HD)
empat warna pilihan

~Tuan blog bukanlah jurucakap Canon.. sekadar ingin memahami bahasa kamera.

penyanyi shamrin fotograf meninggal dunia

takziah kepada keluarga penyanyi kumpulan fotograf- shamrin yang pernah popular dengan lagu di alam fana cinta.. berita dalam murai dot com dan beautifulnara mengesahkan kematiannya.. juga melalui suria fm..
katanya terjatuh ketika bermain bola di padang.. sebelum ini beliau tidak mempunyai masalah kesihatan..

al fatihah...

teknik yang betul!!


sekarang ni kamera dslr dah jadi satu keperluan.. dulu2 jarang
nak lihat org ada kamera ni..
hanya profesional fotografer je yg mampu milikinya..
tapi sekarang dah berleluasa..
org yg x ada kursus fotografi pun kalau dah minat
dan mampu.. boleh je dapatkannya..
dan
masa berjalan2 ke blog org..
jumpa la
"teknik memegang kamera dslr dgn betul" (sila lawat website ini)
oh
rupanya ada teknik juga ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...