Nak Souvenier best?

Showing posts with label kpop. Show all posts
Showing posts with label kpop. Show all posts

Gangnam.. Bukan 6 jahanam.

~lagi lagi gangnam style..


SEOUL - Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.
Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan mendapati Psy sebagai bintang Korea Selatan yang paling ingin ditemui oleh warga asing.
Menurut agensi pelancongan Cosmojin yang melakukan tinjauan itu, Psy menduduki tempat pertama senarai berkenaan diikuti bintang bola sepak Korea Selatan, Park Ji Sung, Presiden Lee Myung Bak dan bintang luncur ais, Kim Yuna.
Mula mewarnai dunia muzik Korea Selatan dengan album pertamanya, PSY... From the Psycho World!pada 2001, penyanyi berkenaan mengaku muziknya menyimpang daripada K-Pop.
Penyanyi berkenaan lebih gemar menampilkan muzik berunsur sinis dan satira.
Dia pernah dikenakan sejumlah denda setelah album sulungnya didapati mengandungi kandungan yang tidak sesuai manakala album keduanya Ssa 2 diharamkan di negara berkenaan pada 2002.
Sejak dari itu, Psy dikenali sebagai penyanyi kontroversi dengan popularitinya juga tenggelam timbul.

Oppa Merdeka Style?

Oppa Merdeka Style?

Anyone?
Super Kampung style yang parody GANGNAM tu dah ada..
Agaknye ada yang buat Gangnam Merdeka Style ke?
hmm..

Apa iyu GANGNAM STYLE?

~Ada yang taktahu macam saya?

Gangnam Style is a 2012 single by South Korean rapper Psy. First released on July 15, 2012, it entered the Gaon Chart singles chart at number one upon release.

"Gangnam Style" is a Korean language colloquialism that refers to a luxurious lifestyle associated with the Gangnam district, an affluent and trendy area of Seoul. The music video depicts Psy dancing at various locations in Gangnam. The song's theme is about "the perfect girlfriend who knows when to be refined and when to get wild."
In Korean colloquialism, "오빤 강남 스타일 (Oppan Gangnam style)" may be translated as "I am (loving) the Gangnam style." or liberally translated as "I am Gangnam style." or "A Gangnam-styled girl is my style." because the Korean word 오빠 (oppa), which is a noun meaning "a female's elder brother" but can be also used as a first-, second- or third-person masculine pronoun to designate a male who is elder or older than a female, is used as a first-person pronoun in this phrase and 오빤 (oppan) is an abbreviation of 오빠는 (oppaneun) which is translated as "I am" when 오빠 (oppa) is used as a first-person pronoun.

SuperJunior Menang Lagi.

~YEAY MENANG LAGI..

SEOUL - Kumpulan penyanyi pop Korea, Super Junior merupakan pemenang terbesar dalam Anugerah Muzik Seoul Kali Ke-21 kelmarin, lapor akhbar Bulletin Entertaiment semalam.

Super Junior yang popular dengan lagu hit Mr. Simple memenangi hadiah utama Daesang dalam anugerah itu.

Ketua Super Junior, LeeTeuk berkata di laman Twitter bagi mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya kerana kemenangan tersebut.

"Terima kasih!!!!! Amat gembira," katanya.

Kumpulan Girls Generation dan Lee Seung Gi menang anugerah populariti. - Agensi

Korea!! Kpop. Pertukaran Budaya?..

SEREMBAN: Seramai 120 delegasi dari Korea berpeluang menikmati pertukaran budaya ketika berkunjung ke Taman College Height, Sikamat, di sini, baru-baru ini.

Kunjungan delegasi ke Malaysia bertujuan mempelajari cara hidup tradisional masyarakat berbilang kaum yang ada di Malaysia selain semangat perpaduan masyarakat Malaysia bagi menjadi model keamanan dunia.


Program anjuran Pertukaran Kepimpinan Keamanan Global (GPLE) dan Festival Perdamaian Dunia (GPF) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan selama enam jam itu turut menyaksikan kemeriahan persembahan tradisional masyarakat Melayu, India dan Cina.

Delegasi turut dijamu dengan makanan dan buah-buahan tempatan selain menyertai aktiviti bersama masyarakat tempatan seperti permainan dan seni tradisional serta penyediaan makanan tradisional di Malaysia.


Presiden Perpaduan Sosial Korea, Park Kyung Seuk, berkata program kebudayaan itu adalah sebahagian daripada visi sosial mereka dalam melihat kebangkitan masyarakat dunia di atas perbezaan kaum sebagai satu keluarga manusia.


“Kami memilih untuk ke Malaysia disebabkan profil masyarakat yang unik kerana kepelbagaian kaum dan bangsanya. Kami juga percaya terdapat banyak amalan bernilai yang boleh memberikan inspirasi kepada usaha pembangunan sosial kami kelak.

Jang Wooyoung.

~Inilah rupa Jang Wooyoung.
SALAH seorang ahli kumpulan popular Korea, 2PM, Jang Wooyoung. berjaya mengalahkan topik tentang perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton di laman sosial Twitter.
Dia yang menyambut ulangtahun yang ke 23 iaitu dilahirkan pada 30 April 1989 ini mendapat ucapan sempena hari lahirnya daripada peminat seluruh dunia.
Biarpun sudah berusia 23 tahun, namun ramai peminat-peminat yang mahukan dia sentiasa kekal dalam usia muda remaja.

~Memang KPOP ni dah jadi fenomena di kalangan peminat muzik korea di Malaysia. Semakin ramai peminat. Dan ada pula ye kumpulan ala-ala KPOP yang ditubuhkan di Malaysia dan juga Indonesia. Layan KPOP?.. Hurmm.. Boleh tahan la.. Takdela tak suka.. Pernah tengok video klip mereka yang menyegarkan. Bukanlah biasa-biasa sahaja.. Tapi ada kelainan.

Kalau diminta menyenaraikan cerita atau lagu Korea.. mungkin agak susah la.. Sebab layan yang kat TV je pun. Dan disebabkan kekangan waktu.. tak bolehla nak setia kan..

Industri tempatan?.. Siapa nak sokong kalau bukan kita sendiri?.. Sokong jangan tak sokong..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...