Hari Malaysia pun tak tau ke?
Bila menonton hasil interview kat kaca tv tu, sedih plak bila yang diinterview tu tak tahu apakah itu HARI MALAYSIA. Ada yang jawab sama macam HARI KEMERDEKAAN la.. Actually ramai juga yang jawab macam tu. Alamak, tak tau ke?.. Tau yang hari tu CUTI UMUM je kan.. Asal cuti umum takpe.. cuti pasal apa tak kisah le sebab yang penting cuti! Takyah sekolah takyah kerja.. yea..
Ada pulak yang jawab HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER tu adalah hari sempena 1MALAYSIA?.. Eh, iye ke.. Ada yang betul betul tak tahu dan dengan ikhlasnya jawab tak tahu. Jadi kat mana silapnye ye?.. Tak cukup pendedahan atau orang tu yang tak ambil pusing. Atau sebab masih baru, jadi ramai yang belum betul-betul tahu?..
(Oh ye yang di interview adalah orang Malaysia.. isk)..