Nak Souvenier best?

Showing posts with label tweet up merdeka. Show all posts
Showing posts with label tweet up merdeka. Show all posts

Hari Malaysia pun tak tau ke?

Hari Malaysia pun tak tau ke?

Bila menonton hasil interview kat kaca tv tu, sedih plak bila yang diinterview tu tak tahu apakah itu HARI MALAYSIA. Ada yang jawab sama macam HARI KEMERDEKAAN la.. Actually ramai juga yang jawab macam tu. Alamak, tak tau ke?.. Tau yang hari tu CUTI UMUM je kan.. Asal cuti umum takpe.. cuti pasal apa tak kisah le sebab yang penting cuti! Takyah sekolah takyah kerja.. yea..

Ada pulak yang jawab HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER tu adalah hari sempena 1MALAYSIA?.. Eh, iye ke.. Ada yang betul betul tak tahu dan dengan ikhlasnya jawab tak tahu. Jadi kat mana silapnye ye?.. Tak cukup pendedahan atau orang tu yang tak ambil pusing. Atau sebab masih baru, jadi ramai yang belum betul-betul tahu?..

(Oh ye yang di interview adalah orang Malaysia.. isk)..

#merdeka55. 3.6 juta tweet!!


`kawan-kawan ada join tak tweet merdeka ni semalam?
KUALA LUMPUR: Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam Jumaat.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.
"Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satumasa," katanya.
Rais, yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, berkata demikian semasa mengumumkan rekod itu pada Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena Hari Kemerdekaan negara di stadium itu malam Jumaat.
Beliau berkata, pihak MBOR akan menyampaikan sijil rekod itu kepada PerdanaMenteri sempena sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September ini.
Tweet sempena Merdeka adalah antara program semasa Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati, yang bertujuan memecah rekod dunia sebagai perhimpunan pengguna Twitter terbesar dunia dengan catatan 10,000 pengguna Twitter. - BERNAMA

#Merdeka55

Mengenai program Tweet Up Merdeka, Kamaruddin berkata, sasaran utama pada malam berkenaan untuk menarik rakyat mengeluarkan pelbagai komen menerusi #Merdeka55, sekali gus memecahkan catatan The Malaysian Book of Records terdahulu.

#Merdeka55
Pasti terngiang-ngiang lagu tanggal tiga puluh satu nyanyian Sudirman..

kawan-kawan pula bagaimana ye?

Simbol Tangan Laungan Merdeka.

from Dato' Mustafa Maarof.

"Saat laungan merdeka semasa pengisyhtiharan kemerdekaan negara Malaysia, tangan pemimpin itu dilepaskan (bukan digenggam) sebagai simbolik kepada kebebasan yang dikecapi negara"

30 08 2012

Tweet Up Merdeka.


Antara agenda yang digariskan pada sambutan perhimpunan itu termasuk persembahan patriotik, kawad, pertunjukan seni bela diri, Tweet Paling Banyak Dalam Sejam di Malaysia (Tweet Up Merdeka), Unity Walk, penganugerahan Sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 Ikon Generasi Muda serta cabutan bertuah.
Mengulas senarai penyertaan yang dibuat, Kamaruddin berkata, ia bertujuan memastikan jumlah khalayak hadir menepati sasaran.


“Walaupun kami ada senarai, namun ia tidak bermakna kita tidak menjemput rakyat untuk turut serta memeriahkan sambutan...mereka yang nak datang boleh naik LRT dan kenderaan sendiri.



“Atas dasar itu juga kami berusaha mendapatkan kerjasama Prasarana untuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam sambutan ini. Kita mahu orang ramai turut serta menonton persembahan dan mendengar ucapan serta amanat Perdana Menteri sempena Merdeka,” katanya.



Mengenai program Tweet Up Merdeka, Kamaruddin berkata, sasaran utama pada malam berkenaan untuk menarik rakyat mengeluarkan pelbagai komen menerusi #Merdeka55, sekali gus memecahkan catatan The Malaysian Book of Records terdahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...