Nak Souvenier best?

Showing posts with label pertukaran pengacara. Show all posts
Showing posts with label pertukaran pengacara. Show all posts

Pengacara Baru Nona: Fafau dan Neelofa.

WAH.. ORANG BARU BAKAL MENERAJU NONA.
APA KATA ANDA?


KUALA LUMPUR: Penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pelakon baru Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sah akan mengalas tugas sebagai pengacara program popular Nona.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, dua pengacara baru itu bakal menggantikan Vanidah Imran bermula Januari tahun depan.
Ahmad Izham berkata, pemilihan Fara dan Neelofa adalah bagi memantapkan persembahan program itu yang turut akan mengalami perubahan daripada segi isi kandungannya.
"Seperti tahun-tahun sebelumnya kita akan menukar pengacara Nona setiap tahun dan tidak terkecuali Vanidah.
"Pemilihan Fara dan Neelofa adalah berdasarkan kepada karakter dan personaliti mereka yang berbeza daripada pengacara sebelum ini.
"Kami yakin dengan pemilihan mereka berdua akan memberikan nafas baru kepada program Nona," ujarnya pada sidang media selepas sesi pra tonton program rangkaian Media Prima 2012 di sini, Jumaat.
Sementara itu, Fara ketika ditemui berkata, dia berasa teruja dipilih sebagai pengacara baru Nona bersama-sama Neelofa dan bersetuju untuk mengendalikan program itu sejajar dengan perubahan usianya.
"Tahun hadapan saya akan berusia 32 tahun dan Nona dilihat sebagai program sesuai untuk dikendalikan sejajar dengan usia saya yang meningkat.

Dira Dan Zizan.

Adakah kali ni kali pertama mereka mengacarakan MELODI?. Dua-dua pun dah berpengalaman mengacara sebelum ni kan. Kira oke dah tu. Cuma rindu pada keletah Wahid dan Fara Fauzana aje.

MELODI pun ada sampaikan tentang kematian SERI BAYU. Al Fatihah( seperti dilaporkan pada entry sebelum ini). Semoga tenang rohnya di sana.

Penggambaran eh lintas langsung ni kat Genting Highland ye?.. Nak pergi jugak.. Sejuk ala-ala kat oversea gitu. Tak dapek g oversea, rasai kesejukan kat Genting Highland pun macam lebih kurang sama la kan.

ANUAR ZAIN ni tak nak kawen ke?.. Dia tunggu siapa ye?

Kaitan Zizan Dan Dira?

~Dah terjawab la teka teki ni kan.. Punye la awal-awal tu menafikan.. okela tu..Bagi nafas baru kat Melodi pula..

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai Zizan Raja Lawak, 27, dan Dira Abu Zahar, 27, bakal menjadi pengacara rancangan hiburan sensasi Melodi ternyata benar setelah pengurusan TV3 mengesahkannya semalam.

Penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar berkata, pemilihan Zizan dan Dira dibuat bagi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid Senario yang sudah enam tahun mengendalikan rancangan itu.

“Tidak dinafikan kehebatan dan keserasian gandingan Fara dan Wahid sepanjang enam tahun mengacarakan Melodi, tetapi kami merasakan pertukaran pengacara adalah salah satu langkah strategik yang wajar dilakukan.

“Kami yakin dan percaya dengan bakat yang dimiliki oleh Zizan dan Dira serta gandingan mereka berdua mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bagaimanapun tegas Azman, dia tidak mahu penonton setia rancangan tersebut salah faham dan menganggap telah timbul masalah di antara pihak penerbit dengan Fara dan Wahid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...