Nak Souvenier best?

Showing posts with label Pengacara. Show all posts
Showing posts with label Pengacara. Show all posts

Pengacara Baru Nona: Fafau dan Neelofa.

WAH.. ORANG BARU BAKAL MENERAJU NONA.
APA KATA ANDA?


KUALA LUMPUR: Penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pelakon baru Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sah akan mengalas tugas sebagai pengacara program popular Nona.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, dua pengacara baru itu bakal menggantikan Vanidah Imran bermula Januari tahun depan.
Ahmad Izham berkata, pemilihan Fara dan Neelofa adalah bagi memantapkan persembahan program itu yang turut akan mengalami perubahan daripada segi isi kandungannya.
"Seperti tahun-tahun sebelumnya kita akan menukar pengacara Nona setiap tahun dan tidak terkecuali Vanidah.
"Pemilihan Fara dan Neelofa adalah berdasarkan kepada karakter dan personaliti mereka yang berbeza daripada pengacara sebelum ini.
"Kami yakin dengan pemilihan mereka berdua akan memberikan nafas baru kepada program Nona," ujarnya pada sidang media selepas sesi pra tonton program rangkaian Media Prima 2012 di sini, Jumaat.
Sementara itu, Fara ketika ditemui berkata, dia berasa teruja dipilih sebagai pengacara baru Nona bersama-sama Neelofa dan bersetuju untuk mengendalikan program itu sejajar dengan perubahan usianya.
"Tahun hadapan saya akan berusia 32 tahun dan Nona dilihat sebagai program sesuai untuk dikendalikan sejajar dengan usia saya yang meningkat.

Majalah 3 khas: Biografi Nurul Syuhada Nurul Ain / Pengacara M3.

Majalah 3 khas: Biografi Nurul Syuhada Nurul Ain / Pengacara M3.
Sudah tidak sanggup nak menonton SIARAN LANGSUNG BOLASEPAK MALAYSIA vs SINGAPURA
untuk Kelayakan Piala Dunia itu.
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/keputusan-bola-sepak-malaysia-vs.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/kad-merah-untuk-harimau-malaya.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/siaran-langsung-malaysia-vs-singapura.html
Maka melencongkan siaran tv ke MAJALAH 3 KHAS.

Kali ini memaparkan tentang BIOGRAFI Pengacara Majalah Tiga yang terkini: Nurul Syuhada Nurul Ain. Rupanya dia ni adalah pemegang IJAZAH Sains Marin dari UMT( Universiti Malaysia Terengganu.) Dulu, cita cita beliau adalah untuk jadi TEACHER.. cikgu oke.. Tapi masa FINAL YEAR di universiti tu dia dicungkil bakatnya dalam rancangan TOP HOST malaysia.

Umurnya baru 27 rupanya ye.. Eh baru ke dah 27..
Sedih pula melihat RANCANGAN KHAS MAJALAH 3 NI sempena PERKAHWINAN NURUL SYUHADA NURUL AIN dan pasangannya AMIR!

Satu perkara yang peribadinya tertarik pada dia adalah pada NAMA nya yang yunik tu.. Nurul ada dua kali.. Tak pernah jumpa lagi..

Semoga dia gembira macam kat SINI: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/perkahwinan-nurul-syuhada-pengacara.html

Dira Dan Zizan.

Adakah kali ni kali pertama mereka mengacarakan MELODI?. Dua-dua pun dah berpengalaman mengacara sebelum ni kan. Kira oke dah tu. Cuma rindu pada keletah Wahid dan Fara Fauzana aje.

MELODI pun ada sampaikan tentang kematian SERI BAYU. Al Fatihah( seperti dilaporkan pada entry sebelum ini). Semoga tenang rohnya di sana.

Penggambaran eh lintas langsung ni kat Genting Highland ye?.. Nak pergi jugak.. Sejuk ala-ala kat oversea gitu. Tak dapek g oversea, rasai kesejukan kat Genting Highland pun macam lebih kurang sama la kan.

ANUAR ZAIN ni tak nak kawen ke?.. Dia tunggu siapa ye?

Siapa Kenal Gambit Saifullah

Gambit Saifullah

Nama Penuh :
Mohd Saifullah B. Rosli

Tempat Lahir :
Kuala Lumpur

Bangsa :
Melayu

Bahasa :
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Spanyol

Kerjaya :
Pelakon, Pengarah, Pengacara, Model, Penerbit Filem, Penerbit TV, Pelagak Ngeri

Kemahiran :
Berlakon, Komedi, Menari, Mengacara, Seni Bela Diri, Model, Menyanyi, Aksi Lagak Ngeri

~Oh.. ini ke gerangannya.. Kenapa dia tiba tiba glamer ye?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...