Nak Souvenier best?

Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts

Pernah Makan Rasuah?

MARANG — Seramai 26 orang awam yang cuba memberi rasuah kepada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar mereka tidak disaman ketika operasi, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Januari lepas.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, dalam tempoh yang sama juga, beberapa anggota JPJ telah dikenakan tindakan tatatertib dan dirujuk kepada SPRM, namun beliau tidak mendedahkan jumlah anggota JPJ yang terlibat.
Beliau berkata, JPJ telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan SPRM dan Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk membanteras rasuah selain mewujudkan ‘Unit Pematuhan’ yang dianggotai 27 pegawai untuk melakukan semakan sama ada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dipatuhi atau sebaliknya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) daerah Marang, di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah JPJ negeri Abdul Rahman Emang Anyie. — Bernama

Saya Mahu Cek Saman Dari Myeg.. Tapi

Tapi.. tak ada kereta atau kenderaan atas nama sendiri? Habis tu macamana nak cek kalau takde kenderaan yang didaftarkan atas nama sendiri?. Fuh.. Selamat! Tak perlu la susah susah pening kepala untuk terkejar -kejar bayar saman kat jpj. Eh polis trafik pun ada keluarkan saman juga kan?. Sehingga semalam je kan tarikh untuk bayar saman tu. Lepas ni, semua yang belum bayar saman akan di 'blacklistkan'.

Jadi selepas ni, sesiapa yang kena blacklist akan menghadapi masalah tatkala memperbaharui lesen atau insurans kenderaan masing-masing. Dalam berita pun ada laporkan yang jumlah kutipan saman mencecah RM1.5 juta! Banyak tu!!

Kat mana nak cek saman tu ye?..Kat website ni ye www.myeg.com.my/..
Kawan-kawan dah bayar ke saman tu?.. Ada juga antara saudara - mara yang bercerita kisah membayar saman ni. Ada kes yang nama saman X.. Bukan X-men ye. Tapi kenderaan, hatta no pendaftaran tu tidak ada langsung.. Bahkan, X tu pun takde lesen kenderaan sebegitu. Jadi, macamana benda macam ni boleh berlaku?.. Tak pasal- pasal bayar saman yang tak langsung menjadi salah dia.. Perlu bayar ke tak saman tu?..

Kalau terjadi kat kawan-kawan apa tindakan?..
(Senario yang dinyatakan adalah senario sebenar- nama terpaksa dirahsiakan..)

Kesimpulannya, berhati-hati dijalanraya!!

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...