Nak Souvenier best?

Showing posts with label sprm. Show all posts
Showing posts with label sprm. Show all posts

Pernah Makan Rasuah?

MARANG — Seramai 26 orang awam yang cuba memberi rasuah kepada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar mereka tidak disaman ketika operasi, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Januari lepas.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, dalam tempoh yang sama juga, beberapa anggota JPJ telah dikenakan tindakan tatatertib dan dirujuk kepada SPRM, namun beliau tidak mendedahkan jumlah anggota JPJ yang terlibat.
Beliau berkata, JPJ telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan SPRM dan Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk membanteras rasuah selain mewujudkan ‘Unit Pematuhan’ yang dianggotai 27 pegawai untuk melakukan semakan sama ada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dipatuhi atau sebaliknya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) daerah Marang, di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah JPJ negeri Abdul Rahman Emang Anyie. — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...