Nak Souvenier best?

Showing posts with label sexual harrasement. Show all posts
Showing posts with label sexual harrasement. Show all posts

Cikgu membisikkan perkataan kotor ...

-ko(KOSMO ONLINE)


KUALA LUMPUR – “Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.

Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut. “Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya. “Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu,” katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu. “Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya. Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47, berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan beberapa mangsa.

-KALAU BEGINI PERBUATANNYA- MENCEMAR PROFESION MULIA NI TAU!

Topik Panas, Mereka sudi Komen!!!

Encik MamaT said...

memang malu kan.. tapi kalau dibiarkan? bukankah lebih teruk.. sekarang kita.. besok2 mungkin orang lain... kalau kat tempat awam jerit je kuat2.. boleh gitu?


Myra Jay said...

Erk!!! memang sukar..
Kalau diri sendiri yang kena taktahulah nak cakap..huhuhuh


~Apa yang panasnye?.. Isu yang kadang kadang seseorang itu tidak sedar bahawa persekitaran peribadi mereka diceroboh..

Takut Nak Mengaku Kena Sexual Harrasment?..

~Tidak dengan dia.. Ye.. kebanyakan wanita kini sudah berani untuk bersuara. Bukan lagi jenis yang mudah ditindas. Pelaku gangguan seksual ni ada bermacam jens.. Mungkin dia berani meneruskan aktivitinya kerana tiada siapa mahu mengadu tentangnya.. Marilah kita bersama membanteras perkara sebegini!!


Aziela said...

Pernah kena dan mengadu. Ternyata saya rasa amat bangga dengan diri sendiri kerana berani dan pelaku tu kena hentam teruk. Padan muka dia.

~Caiyok!!

Tentang Sexual Harrasment.

belogkiter said...


saya pernah kena oleh seorang doctor yang merawat saya. tapi masa tu saya tak pasti.. adkah itu procedure atau memang dia ambil kesempatan. tapi bila dah tanya pendapat orang lain, semua kata saya kena gangguan sex.. but its too late

~Sebab tu nak kongsi-kongsi pengetahuan di sini. Kalau kita tidak pasti, perlulah bertanya pada orang lain supaya kita tak teraniaya.. Tak kira apa jenis pekerjaan sekalipun.. Dan kita ada hak untuk bertanya..

Kalau Kena Gangguan Seksual, Berani ke nak Buat Aduan?

Kalau difikirkan perasaan malu.
Tak sanggup nak mengadu..
Maka biarkan peristiwa pahit itu berlalu..
Diam diri sahaja bila diganggu
Kerana kalau kawan kawan atau yang lain tahu
Pasti perasaan menebal dalam diri yakni malu!!!

Jadi.. Bila seringkali diperlaku sebegitu..
Tutup mulut saja la asalkan orang lain tak tahu
Akhirnya diri sendiri teraniaya dan terbelenggu
Dan si pelaku akan terus mengamalkan perilaku..

Kamonla.. Mari sama membantu..
Tolong mereka mereka itu..

Kalau terjadi pada kamu..
Sanggup ke kamu nak mengadu
Pada pihak yang tertentu?

JANGAN PEGANG-PEGANG!

AMPANG - Sebelas pelajar perempuan tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di sini mendakwa guru disiplin di sekolah itu melakukan gangguan seksual terhadap mereka. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi Jummat lalu di dalam bilik guru sekolah berkenaan.

Mangsa mendakwa guru berkenaan menyentuh di bahagian atas payu daranya dengan alasan mahu memeriksa denyutan nadi sebelum dihukum rotan.

Guru itu juga dikatakan menyentuh peha pelajar terbabit untuk memeriksa sama ada pelajar itu membawa telefon bimbit.

Seorang bapa mangsa berkata, anaknya bersama pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki dibawa seorang pengawas berjumpa guru disiplin itu kerana kesalahan tidak menghadiri perhimpunan pagi itu.

“Anak kami ketika itu berada dalam kelas kerana menyiapkan kerja sekolah, namun pengawas berkenaan membawa pelajar terbabit berjumpa guru disiplin,” katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee, semalam.

Dia berkata, anaknya memberitahu kejadian menimpa pelajar perempuan itu berlaku selepas empat guru wanita yang berada dalam bilik guru keluar daripada bilik itu.

“Kejadian itu hanya menimpa pelajar perempuan, berikutan insiden itu, ibu bapa pelajar mengambil keputusan untuk berjumpa pengetua sekolah itu Isnin ini (hari ini) bagi mendapat penjelasan pihak sekolah,” katanya.

KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...